Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 40:

Asam garam bahasa kali ini ingin berkongsi pengalaman mengenai situasi yang saya lalui berkaitan dengan bahasa dialek bahasa negeri Sembila. Situasi ini berlaku apabila saya mendengar komunikasi antara ayah dan nenek saya yang berasal dari negeri tersebut. Kita sedia maklum bahawa negeri Sembilan menggunakan sistem adat pepatih sebagai tunjang adat dan terkenal juga dengan kepelbagaan sukun dan antara suku yang terdapat dalam negeri ini adalah suku Minang. sebagai penutur saya tidak fasih dalam menggunakan dialek minang tetapi saya dapat memahami maksud yang disampaikan oleh penuturnya. Antara contoh dialek yang digunakan adalah Buruh la jalan, dima lapeh ayam den”.

ASAM GARAM BAHASA 39:

Asam garam bahasa pada kali ini ingin berkongsi pengalaman mengenai istilah yang digunakan untuk  penamaan sesuatu benda. Situasi ini timbul apabila saya dan sepupu  ingin mencari sepasang baju yang sesuai untuk menghadiri majlis Perkahwinan ahli keluarga kami. Dalam kesibukan mencari, saya terlihat sepasang baju berwarna biru laut yang berpotongan kebaya menarik minat saya. tanpa berlengah saya mendapatkan juru jual kedai berkenaan dan bertanyakan harga bagi sepasang baju kebaya tersebut. Namun saya dikejutkan apabila juru jual tersebut menawarkan harga yang tinggi untuk sepasang baju tersebut. Membuatkan saya bertanyakan kerelevenan harga yang ditawarkan dengan barangan yang hendak saya beli. Kemudian juru jual tersebut mengatakan “harga baju ini memang mahal sebab ini baju kebaya nyonya yang dijahit tangan”.

ASAM GARAM BAHASA 38:

asam garam bahasa pada kali ini ingin menambah sedikit rencah peraturan bahasa dalam penggunaan rujukan kehormat dalam bahasa Melayu. Situasi ini berlaku apabila saya dan rakan sedang menyiapkan kulit halaman tugasan berkumpulan untuk dihantar. Semasa menaip nama pensyarah di muka hadapan tugasan tersebut rakan saya bertanya bagaimana untuk megeja gelaran kehormat “datuk”. Sama ada ejaan seperti “datuk” atau “dato’.

ASAM GARAM BAHASA 37:

Asam garam bahasa pada kali ini ingin berkongsi penggunaan bahasa yang digunakan dalam penghasilan lagu dalam kalangan kumpulan muzik tanah air pada hari ini. Situasi ini terjadi apabila saya menghidupkan siaran radio melalui talefon mimbit untuk mendegar siaran radio kegemaran saya.  kebiasaannya setiap hujung minggu siaran radio tersebut akan mengudarakan lagu-lagu baru untuk diperkenalkan kepada pendengar. Ketika asyik mendengar lagu baru yang dimainkan oleh juru hebah radio tersebut,. Tidak dapat dinafikan susunan melodi yang menarik membuatkan lagu tersebut mudah diterima masyarakat. Namun dalam situasi ini bukan melodi lagu yang menarik perhatian saya tetapi  perasaan  teruja untuk meneliti bibit-bibit lirik lagu tersebut. Hal ini demikian kerana lirik lagu tersebut berbunyi:
Aku menunggu every day
Setiap monday
Setiap teusday
Setiap wednesday
Setiap thursday
Setiap friday
Aku menunggu setiap masa

ASAM GARAM BAHASA 36:

Asam garam bahasa pada kali ini ingin berkongsi pengalaman mengenai kemahiran berbahasa Melayu yang dimiliki oleh pelancong yang berkunjung ke Negara kita. Kejadian ini berlaku apabila saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Sewaktu duduk menunggu kerata api transit di stesen Hang tuah untuk ke Ampang, saya didatangi oleh seorang lelaki dalam lingkungan 50-an umurnya dan bertanyakan tempat duduk di sebelah saya, “Buleh pakcik duduk” kemudian saya mengangguk dan memberikan seyuman sampil mengensot ke sebelah kiri bagi memeri ruang kepada pakcik tersebut. Pada mulanya saya beranggapan bahawa pakcik tersebut merupakan orang Melayu kerana mempunyai kulit sawo matang dan berbahasa melayu tetapi ternyata angapan saya meleset apabila ahli keluarga pakcik tersebut yang menghampirinya dan menggunakan bahasa yang saya sendiri tidak pernah mendengarnya.

ASAM GARAM BAHASA 35:

Hari ini asam garam bahasa akan berkongsi pengalaman mengenai penggunaan bahasa yang saya peroleh sempena memasuki sebuah siber café yang terletak berdekatan dengan kawasan perumahan saya.keadaan ini berlaku  oleh sebab saya ingin menggunakan kemudahan jalur lebar di pusat siber café tersebut untuk menyelesaikan sesuatu. Sewaktu saya memasuki pusat tersebut saya terkejut dengan pengguna yang menggunakan perhikmatan tersebut yang ratanya terdiri daripada pelajar sekolah yang masih kecil. Sepatutnya mereka menggunakan masa yang terluang dengan melakukan perkara yang berfaedah seperti bersukan atau menghabiskan waktu bersama ahli keluarga yang lain. Namun bukan persoalan ini yang ingin diperkatakan asam garam bahasa sebaliknya penggunaan kata “BAYAR DCNI” yang digunakan di meja pembayaran  pusat siber café tersebut.

ASAM GARAM BAHASA 34:

Asam garam bahasa pada kali ini ingin berkongsi situasi yang biasa kita lalui tetapi kita tidak mengendahkannya. Keadaan ini berlaku diantara saya dan rakan sebilik sedang menyiapkan tugasan masing-masing. Sedang leka menyusun dan menaip idea rakan sebilik saya mengemukakan persoalan dimana terdapat kekeliruan tentang penggunaan nama gelaran. Antara penggunaan nama gelaran yang mengelirukannya adalah samada penggunaan “Tengku” atau “Tuanku” untuk kerabat diraja. Sebagai contoh persoalan rakan saya tersebut adalah:
“nama perpustakaan kita Tuanku Bainun atau Tengku Bainun?”

ASAM GARAM BAHASA 33:

Kali ini asam garam bahasa ingin berkongsi sekali lagi tentang kesalahan penggunaan kata istilah yang terdapat pada gambar sebuah papan tanda sambungan daripada edisi asam garam bahasa yang ke-32 tetapi kali ini asam garam bahasa ingin menekankan penggunaan bahasa yang terdapat pada penanda di sebelah kanan gambar diatas.  Penanda tersebut menggunakan kata “harga spesial” di tingkat botal bersoda di rak premis tersebut. Apakah wajar kata “special” digunakan?

ASAM GARAM BAHASA 32:

Asam garam bahasa pada kali ini ingin berkongsi pengalaman berkenaan penggunaan bahasa yang terdapat dalam masyarakat kita hari ini.  Situasi ini berlaku apabila saya mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan saya. ketika mencari maklumat saya terlihat sebuah gambar yang menunjukkan sebuah papan tanda digerai minuman.  Namun bukan kedai minuman tersebut yang hendak saya tekankan tetapi penggunaan bahasa pada papan tanda di hadapan gerai minuman tersebut. Antara contoh penggunaan kata yang terdapat pada papan tanda tersebut adalah:
‘MINUMAN BERDOSA’
CARBNATED DRINKS’

ASAM GARAM BAHASA 31:

Pada kali ini asam garam bahasa ingin berkongsi situasi pengunaan bahasa yang sering kita ungkapkan dalam kehidupan kita secara kita sedari mahupun tidak. Sewaktu saya bersama rakan-rakan ke pasar pagi untuk membeli bekalan bahan mentah untuk persiapan memasak kami pada hujung minggu. Dalam perjalanan melepasi deretan kedai menjual buah-buahan kami dikejutkan dengan suara penjaja cina yang mempromosikan sbuahnya. Namun dalam situasi ini bukan sikap penjaja tersebut yang ingin di tekankan tetapi penggunaan bahasa yang digunakan oleh penjaja tersebut. Antara bentuk kata-kata penjaja cina tersebut adalah “lai-lai.. ammoi ar.. buah manyak manis”. Mungkin kita biasa mendengarnya walaupun kita sedia maklum bahawa bahasa yang digunakan salah disisi undang-undang bahasa.

ASAM GARAM BAHASA 30:

Kali ini asam garam bahasa ingin berkongsi tentang penggunaan singkatan perkataan dalam bahasa Melayu. Keadaan ini berlaku sewaktu saya bersama-sama rakan berada di kantin asrama untuk membincangkan tugasan yang perlu dilaksanakan. Selang beberapa meja dari tempat kami membuat perbincangan terdapat sepasang sahabat yang sedang menaip sesuatu. Kemudiannya kami didatangi oleh pasangan tersebut dan diajukan soalan yang mengelirukan mereka. Anatara bentuk persoalan yang membelenggu pasangan ini adalah seperti “ apakah singkatan untuk Subhanahuwataala ya.. adakah SAW atau SWT?”

ASAM GARAM BAHASA 29:

Asam garam pada kali ini pula ingin berkongsi penggunaan kata “manggok”.  Situasi ini berlaku apabila saya mengikuti kelas sosiolinguistik pada hari khamis yang lalu. Kata “manggok” yang digunakan dalam lagu dialek Kelantan iaitu lagu  Anak Tupai . apakah maksud kata “manggok”itu?

ASAM GARAM BAHASA 28:

Pada kali ini, asam garam bahasa ingin berkongsi pengalaman berkenaan penggunaan kata ‘saing’ dalam kehidupan masyarakat Melayu sendiri.  Situasi ini berlaku apabila saya menerima pesanan ringkas daripada seorang rakan antara bentuk pesanan tersebut adalah “tira sekejap lagi kita saing ya..” selepas mendapat pesanan tersebut saya berasa sedikit kurang faham tentang penggunaan kata “saing” yang diberikan rakan saya tadi. apakah maksud yang cuba disampaikan disini?

ASAM GARAM BAHASA 27:

Asam garam bahasa kali ini ingin berkongsi tentang penggunaan antara kata ‘Yang di-Pertua ataupun Yang Dipertua’. Kedua-dua frasa ini walaupun mempunyai sebutan yang sama tetapi penggunaannya ternyata berbeza. Situasi ini bermula apabila rakan  sebilik saya bertanyakan ejaan yang betul tentang perkataan ‘Yang di-Pertua ataupun Yang Dipertua’ samaada terdapat penggunaan sempang atau tidak untuk menyiapkan tugasannya. Oleh itu, apakah perbezaan penggunaan tanda sempang ini mempengaruhi makna kedua-dua kata tersebut?

ASAM GARAM BAHASA 26:

Asam garam bahasa kali ini ingin berkongsi tentang penggunaan bahasa yang digunakan untuk menamakan sesebuah kawasan baru. Kejadian ini berlaku apabila  rakan saya mengajak saya untuk pergi berjoging di kawasan baru yang lengkap dengan frasarana yang lengkap dengan trak joging. Apabila saya bertanyakan nama kawasan tersebut saya terkejut dengan namanya iaitu ‘Lake Valey’. Adakah kawasan tersebut terletak di luar Negara ataupun dalam Negara kita sendiri. Kemudian kawan saya menyakinkan saya bahawa kawasan tersebut berada disekitar kawasan perumahan kami. Kemudian saya berfikir adakah wajar kita mengangungkan penggunaan bahasa asing sedangkan kita mempunyai bahasa kita sendiri iaitu bahasa Melayu.

ASAM GARAM BAHASA 25:

Hari ini asam garam bahasa akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sewaktu dalam perjalanan pergi ke Kuala Selangor. Sebelum perjalanan kami sempat membuat persediaan membuat peta perjalnan untuk merancang perjalanan kami. Pada awalnya kami mengikuti perjalanan yang tersedia seperti yang ditunjukkan di dalam peta seperti kami melalui kawasan lombong yang besar, Universiti Selangor (UNISEL) namun kami hilang jejak apabila kami sampai di kawasan ladang kelapa sawit Sungai Belimbing. Disini kami cuba untuk melihat papan tanda yang menghala Kuala Selangor namun kaki dikelirukan dengan penanda (K’seor 8KM) adakah penanda tersebut mengatakan Kuala Selangor 8 kilometer dihadapan ataupun terdapat kawasan kampong yang bernama K’seor di kawasan ini. Keadaan ini betul-betul mendebarkan kami.

ASAM GARAM BAHASA 24:

Asam garam bahasa ingin berkongsi pengalaman yang dilalui semasa saya dan rakan-rakan dalam perjalanan ke Kuala Selangor untuk melakukan kajian lapangan untuk subjek Pembinaan Modal Insan. Kami mengikuti susur keluar simpang Bukit Gantang untuk memendekkan perjalanan kami ke destinasi. Tidak kurang dari 3 kilo meter dari tol yang kami lalui terdapat papan tanda yang menunjukkan arah Berjaya City namun yang kami dapati hanya bangunan yang separuh siapnya. Dalam keadaan ini bukan pembinaan terbengkalai yang igin saya ceritakan, sebaliknya penggunaan city yang terdapat dalam papan tanda dan kelulusan pihak berkuasa membenarkan penggunaan istilah city dalam menamakan kawasan tersebut.  Wajarkah keadaan ini berlaku?

Wednesday, February 23, 2011

ASAM GARAM BAHASA 23:

Hari ini asam garam bahasa mengesah satu lagi penggunaan bahasa yang sering digunakan dalam masyarakat kini akibat dipengaruhi oleh media massa. Penggunaan kalimat “final” dalam rancangan televisyen yang sering digunakan dalam bidang sukan dan hiburan. Jika diteliti kalimat “final”merupakan kalimat inggeris yang bermaksud akhir.  Wajarkah istilah ini digunakan dalam media massa?

KOMENTAR:
 Istilah “final” merpakan kata yang berasal dari bahasa Inggeris yang bermaksud akhir. Jika diteliti penggunaan kata “final” ini sudah menjadi kebiasaan dan acap kali digunakan dalam pertuturan masyarakat kita pada hari ini. Jika dilihat dalam Kamus bahasa kata ini masih belum terakam dalam Kamus Dewan. Keadaan ini bermakna istilah “final” masih belum diterima sebagai sebahagian dalam bahasa Melayu. Oleh itu, penggunaan kata “final” yang digunakan oleh media massa haruslah digantikan dengan bahasa kita sendiri iaitu kalimat “akhir”. Dengan ini penggunaan kata ini dapat dibendung daripada menerap masuk dalam kamus pemikiran masyarakat sekaligus dapat membendung berleluasanya fenomena ini.

ASAM GARAM BAHASA 22:

Kali ini asam garam bahasa ingin berkongsi penggunaan bahasa yang digunakan oleh media cetak yang memaparkan pesanan penaja yang mengandungi unsur-unsur penggunaan bahasa yang tidak bersesuaian dengan konteks ayat dalam iklan mereka.  Dalam keratan akhbar tersebut memaparkan peraduan yang dibuka kepada pembaca untuk membina slogan yang tidak lebih dari lima belas patah kata. Antara kenyataan yang di tuliskan dalam ruangan tersebut adalah. “lengkapkan slogan berikut (tidak melebihi 15 patah perkataan) saya suka susu pekat manis F&N kerana…”.

KOMENTAR:
Dalam situasi ini kita tidak mempertikaikan peraduan yang dianjurkan oleh pihak penganjur sebaliknya mempertikaikan penggunaan kata “slogan” yang digunakan oleh pihak berkenaan. Hal ini demikian kerana kita sedia maklum bahawa kata “slogan” berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1511) memberi maksud kata-kata keramat yang dijadikan pengangan. Antara contoh penggunaan “slogan” yang betul adalah seperti Dekat di Hati (slogan tv9), salura ceria anda (slogan tv7). Oleh itu dapat disipulkan bahawa “slogan” adalah ungkapan ringkas yang menarik dan mempunyai maksud yang tertentu. Dalam keadaan ini penganjur sepatutnya menggunakan menukar arahan . “lengkapkan slogan berikut (tidak melebihi 15 patah perkataan) saya suka susu pekat manis F&N kerana…”. Kepada “lengkapkan ayat berikut. (tidak melebihi 15 patah perkataan) saya suka susu pekat manis F&N kerana…”.  Manakala jika pihak penganjur masih igin menggunakan “slogan” mereka perlulah mengubah arah mereka kepada “ sila tuliskan slogan yang menarik (tidak lebih dari lima pata perkataan)”. Dengan ini pengguna bahasa perlulah mengetahui maksud sebenar sesuatu kata supaya hasrat mereka dapat dipenuhi dengan jelas sekiranya ayat yang digunakan difahami oleh orang lain.

Friday, February 18, 2011

ASAM GARAM BAHASA 20:

Kali ini asam garam ingin berkongsi situasi dimana unsure lewah digunakan dalam percakapan kita tanpa kita sedari akan penggunaannya akan memberi kesan kepada bahasa Melayu yang kita tuturkan. Sewaktu saya bermasa rakan-rakan yang lain pergi membeli belah di sekitar pekan Tanjung Malim. Ketika itu kami memasuki sebuah kedai barangan runcit untuk membeli barang keperluan yang sudah kehabisan. Setelah meneliti barangan ang dicari kami berasa hampa apabila jenama barang yang kami biasa gunakan kehabisan stok. Oleh itu, pekedai tersebut meyakinkan kami untuk mencuba jenama baru selain jenama yang kami biasa gunakan. “baik kamu beli yang ini, misalnya contohnya jenama produk ini tidak memuaskan kamu boleh tukarkannya”. Dalam ayat diatas pekedai tersebut telah menggunakan dua kata pengumpamaan.

KOMENTAR:
Dalam situasi diatas pekedai tersebut telah mengunakan unsur lewah dalam pertuturannya. Unsur lewah dimana kata “misalnya” dan “contohnya” telah membawa maksud yang banyak sehingga berlebihan dari konteks penggunaan ayat. Keadaan ini dikatakan sebagai unsur lewah kerana kata “misalnya” membawa maksud sesuatu yang dijadikan sebagai perbandingan iaitu unsure perumpamaan dan pengibaratkan menurut kamus pelajar. Manakala kata “contohnya”pula membawa maksud benda-benda yang sifatnya serupa,semacam dan keadaan yang sama dengan benda daripada jenis benda yang dapat mewakili benda lain kerana sifatnya menurut kamus Dewan Edisi Empat. Oleh itu jelaslah menunjukkan bahawa kedua-dua kata ini mempunyai makna yang sinonim dan penggunaan konteks ayat yang sama. Dengan ini kata “misalnya” dan “contohnya” hanya salah satu daripada kata ini hanya boleh digunakan dalam konteks ayat yang sama.

Thursday, February 17, 2011

ASAM GARAM BAHASA 19:


Kali ini asam garam bahasa dapat mengesan penggunaan bahasa yang membawa maksud yang sama tetapi diungkapankan dengan sebutan yang lain. situasi ini berlaku apabila saya dan rakan menyiapkan tugasan penulisan kumpulan  di bawah perkarangan blok satu, kolej kediaman kami. Sewaktu menaip baris-baris perkataan kami terhenti apabila kawan saya menyebut “tanda sempang” manakala kawan saya yang lain menyebut kata “sengkang”  keadaan ini menimbulkan tanda Tanya dalam diri saya bahawa perkataan manakah yang wajar digunakan untuk menyatakan maksud kepada garis pendek melintang untuk menceraikan suku kata atau tanda hubung.

Wednesday, February 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 18:


Pada akhir bulan januari 2011, saya berkesempatan berkunkung ke rumah ibu saudara saya yang terletak di di Bandar Kuala Kangsar, Perak.  Oleh kerana tidak biasa dengan jalan yang kami lalui saya memberikan tumpuan yang lebih pada setiap papan tanda menuju ke rumah mak cik saya. sebaik sahaja tiba di lampu isyarat pertama kami disambut dengan cogan kata “selamat datang ke Kuala Kangsar Bandar Di Raja”. Setelah bergerak hampir tiga kilometer, saya terpandang penunjuk arah “Muzium DiRaja”.  Keadaan ini mendatangkan tanda Tanya tentang penggunaan “Bandar Di Raja” dan “Muzium Di Raja”. Ejaan yang manakah sewajarnya digunakan? Adakah Di pada kata tersebut berfungsi sebagai imbuhan atau kata sendi nama?

KOMENTAR:
Bagi menjawap teka-teki ini saya telah merujuk kamus dewan edisi kedua (1993:307),di. Oleh itu,  frasa “Bandar Di raja” dan “Muzium DiRaja” adalah bentuk ejaan yang salah dan sepatutnya frasa tersebut dieja “Bandar Diraja” dan “Muzium Diraja”. menyatakan bahawa kata diraja sebenarnya adalah kata yang digunakan dalam sastera lama, iaitu kependekan daripada kata adiraja. Ini bermakna kata tersebut mempunyai kata dasar raja yang menerima imbuhan

Tuesday, February 15, 2011

ASAM GARAM BAHASA 17:

Hari ini asam garam ingin berkongsi situasi tentang nilai rasa bahasa yang sering kita gunakan dalam kehidupan tanpa kita sedari nilai rasanya sama ada baik ataupun mencetuskan ketidakpuasaan hati masyarakat pendengar yang sensetif tentang nilai rasa bahasa yang digunakan. Sewaktu saya dalam perjalanan ke rumah mak cik yang terletak di Serdang, Selangor kami terlibat dalam satu kesesakan lalu lintas yang mengambil masa kira-kira tiga puluh minit dari tempoh masa perjalanan biasa yang kami lalui. Kira-kira tiga puluh minit berlalu ayah berkata “laa.. patutla sesak ada cina mampus rupanya”. Pada mulanya saya meresakan perkara tersebut biasa kerana masyarakat dahulu sering menggunakan kata “mampus” bagi meunggapkan kematian bagi orang cina. Namun pada zaman sekarang adakah wajar kita gunakan  kata “mampus”?

Monday, February 14, 2011

ASAM GARAM BAHASA 16:


Kali ini saya ingin menambah sedikit rencah dalam penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan kita seharian. Sewaktu saya berkunjung ke pasar malam bersama ibu tercinta untuk membeli keperluan barang basah seperti ikan, sayur dan lain-lain. ketika saya melalui sebuah gerai yang terletak diselekoh deretan kedai dipasar malam tersebut saya terdengar seorang pembeli bertanya “abang yang ini ori ke?” dengan segera penjual tersebut menjawab “ori dik tapi barang second hand”. Situasi ini merupakan salah satu contoh budaya bahasa rojak dalam masyarakat kita pada hari ini. Namun wajarkah kita menggunakan bahasa lain dalam komunikasi seharian kita.

Thursday, February 10, 2011

ASAM GARAM BAHASA 15:

Pada kali ini asam garam bahasa memperoleh pesanan ringkas melalui pesanan ringkas melalui telefon bimbit. Berteka-teki siapakan gerangan pengirim pesanan namun yang ditunggu tidak muncul yang lain datang bertandang. Pesanan kali ini datangnya dari nombor yang saya sendiri tidak mengenalinya tetapi isi pesanan ringkas tersebut menarik mata ini untuk membaca pesanan tersebut sehingga akhirnya. Pesanan ini  merupakan iklan untuk menarik kita melaburkan sejumlah wang dan dalam sekelip mata kita memperoleh untung melalui pengandaan wang tersebut. Antara contoh penggunaan ayat iklan tersebut adalah “anda memiliki wang, berpuas hati dengan jumlah wang simpanan anda? Mahukan wang yang lebih, melaburlah bersama moneygreetings wang anda akan bertambah sekali ganda atau dua kali ganda keuntungannya’. Walaupun ayat tersebut secara sahnya boleh dikatakan sebagai peranggkap oleh penjenayah siber sekarang tetapi penggunaan sekali ganda dan dua kali ganda tersebut mengelirukan saya. berapa banyakkah jumlah yang sewajarnya?

ASAM GARAM BAHASA 14:

Hari ini saya igin berkongsi pegalaman yang berlaku sewaktu saya berada dalam bilik kuliah petang tadi. kelas yang bermula pada jam empat petang sehingga jam tujuh malam di komplek musik. Akibat tempoh masa yang panjang menyebabkan saya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada pengajaran yang dilaksanakan di dalam kelas. Namun apabila pensyarah menayangkan paparan lembaran isi pembelajaran terdapat satu perkataan yang dapat menarik perhatian saya adalah penggunaan kata “baharu” yang terdapat dalam tayangan tersebut. Ia mendapat lebih perhatian saya lagi apabila pensyarah adakalanya menggunakan istilah “baru” dalam proses penerangan yang diberi. Keadaan ini menyebabkan saya memikirkan persoalan berkenaan penggunaan kata “baharu” dan “baru”. Adakah kedua-duanya memiliki makna yang sama?

Wednesday, February 9, 2011

ASAM GARAM BAHASA 13:

Di ketika ini asam garam bahasa igin berkongsi pengalaman penggunaan kata mencolok mata. Ketika cuti pertengahan semesta yang lepas saya bertemu dengan rakan sekolah dahulu yang menjadi rutin setiap cuti semesta. Pada waktu inilah kami menghabiskan masa bersama disamping mengetahui perkembangan diri masing-masing. Ketika kami mendapatkan tempat duduk di restoran makanan segera KFC kami terlihat seorang perempuan melayu yang berpakaian agak seksi dan mendedahkan sebahagian anggotanya. dengan tidak semena-mena kawan saya memberikan isyarat mata kepada saya dan berkata dengan separa bebisik menyatakan “wow.. pakaian dia mencolok mata aku”. saya membalas “ush.. seksa tengok dia jalan”. Dengan serentak ketawa megekek dalam senyap bagi mengelak tindakkan kami disedari oleh perempuan tersebut. Tidak beberapa lama kemudian saya berfikir akan perkataan “mencolok” yang digunakan oleh kawan saya sebentar tadi, bukankah sepatutnya perkataan “menjolok” yang digunakan bagi menggantikan kata “mencolok”.

Tuesday, February 8, 2011

ASAM GARAM BAHASA 12:

Pengalaman asam garam pada kali ini dikumpulkan sewaktu saya sekeluarga pulang ke kampong halaman disebelah utara. Selepas seharian berehat merengangkan urat selepas lima jam perjalanan saya mengambil agin petang dihalaman rumah tradinional  Tok wan, saya mendengar Tok saya mengomel seorangan sambil menuju ke ampaian baju di belakang rumah. Antara omelan Tok “ehm… acik hang ni segan nak turun angkat baju sungguh”. Keadaan ini mendatangkan persoalan kepada saya bahawa apakah yang hendak disegankan oleh Acik sedangkan kawasan rumah Tok wan agak jauh dari jiran yang lain dan tiada sesiapapun yang berada diperkarangan rumah Tok wan pada ketika itu. Tanpa berlengah saya bertanyakan Tok “Acik nak segan dengan siapa Tok?” persoalan ini memecahkan suasana sekitar dengan tawa Tok dan ayah yang mendengarnya.

Monday, February 7, 2011

ASAM GARAM BAHASA 11:

Pengalaman asam garam bahasa pada kali ini terjadi sewaktu saya bersama ibu singgah untuk menjamu selara di sebuah restoran Pak Hinam Kopitiam yang berdekatan dengan rumah kami. setibanya di restoran tersebut, seorang pelayan mengambil pesanan kami. Saya memesan Mee Wantan manakala ibu pula hanya memesan Pau Kacang dan secawan kopi panas untuk setiap seorang. Sementara menunggu kami berbual-bual bertukar-tukar cerita, ibu dengan cerita pejabatnya sebaliknya saya bercerita mengenai situasi rakan-rakan dan perjalanan kuliah sepanjang berada di kampus. Saya menunggu pesanan dengan hati yang teruja untuk mencuba menu baru di restoran tersebut, tetapi keadaan menjadi hampa apabila hampir setengah jam kami menunngu pesanan kami masih belum muncul. Kemudian saya memberanikan diri untuk bertanya kepada salah seorang pekerja disana. “Adik, saya nak Tanya tentang pesanan saya buat tadi, lama lagi ke? kalau lama saya nak” dengan riak muka yang masam pekerja tersebut membalas “tunggu la sekejap, tak Nampak ke orang ramai lagi ni, bukan awak seorang”. Mendengar maklumbalas pekerja tersebut membuatkan saya dan ibu membatalkan hasrat untuk mencuba menu baru tersebut, kami terus keluar dari restoran itu sehingga tindakkan kami disedari oleh penyelia di restoran terbabit, melalui ekor mata saya pekerja tersebut diberi amaran oleh majikannya.