Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 40:

Asam garam bahasa kali ini ingin berkongsi pengalaman mengenai situasi yang saya lalui berkaitan dengan bahasa dialek bahasa negeri Sembila. Situasi ini berlaku apabila saya mendengar komunikasi antara ayah dan nenek saya yang berasal dari negeri tersebut. Kita sedia maklum bahawa negeri Sembilan menggunakan sistem adat pepatih sebagai tunjang adat dan terkenal juga dengan kepelbagaan sukun dan antara suku yang terdapat dalam negeri ini adalah suku Minang. sebagai penutur saya tidak fasih dalam menggunakan dialek minang tetapi saya dapat memahami maksud yang disampaikan oleh penuturnya. Antara contoh dialek yang digunakan adalah Buruh la jalan, dima lapeh ayam den”.

KOMENTAR:
Dalam situasi di atas, jelas menunjukkan dialek merupakan bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan manusia dalam satu-satu kawasan geografi. Berbeza dengan bahasa yang lain dialek mempunyai kawasan dan setiap kawasan berbeza sifat dan peranannya. Dalam situasi dia atas terdapat perbezaan antara dialek MInang in dengan bahasa standart, dari perbezaan semantic “buruh” membawa maksud cepat-cepat manakala dari segi fonologi “dima” bermaksud dimana dan kata “den” membawa maksud saya. oleh itu, jelas menunjukkan bahawa maksud kata-kata tersebut adalah “cepat-cepat lah jalan, dimana lepas ayam saya” kata nenek kepada ayah. Dengan ini, dialek merupakan sejenis bahasa yang digunakan dan dapat difahami oleh masyarakat penuturnya sahaja.

No comments:

Post a Comment