Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 31:

Pada kali ini asam garam bahasa ingin berkongsi situasi pengunaan bahasa yang sering kita ungkapkan dalam kehidupan kita secara kita sedari mahupun tidak. Sewaktu saya bersama rakan-rakan ke pasar pagi untuk membeli bekalan bahan mentah untuk persiapan memasak kami pada hujung minggu. Dalam perjalanan melepasi deretan kedai menjual buah-buahan kami dikejutkan dengan suara penjaja cina yang mempromosikan sbuahnya. Namun dalam situasi ini bukan sikap penjaja tersebut yang ingin di tekankan tetapi penggunaan bahasa yang digunakan oleh penjaja tersebut. Antara bentuk kata-kata penjaja cina tersebut adalah “lai-lai.. ammoi ar.. buah manyak manis”. Mungkin kita biasa mendengarnya walaupun kita sedia maklum bahawa bahasa yang digunakan salah disisi undang-undang bahasa.

KOMENTAR:
Melalui situasi ini, walaupun penjaja tersebut menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraannya tetapi bahasa yang digunakan dipengaruhi oleh kata dan struktur bahasa penuturnya iaitu terdapat pengaruh bahasa Cina. Keadaan ini dapat dilihat melalui penggunaan kata yang berasal dari bahasa cina iaitu “lai” yang bermaksud mari manakala “ammoi” pula membawa maksud anak perempuan ataupun remaja perempuan. Keadaan ini ditambah lagi dengan pelat penjaja cina tersebut dengan menyatakan kata banyak dengan “manyak”. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa bahasa yang digunakan ini adalah dikategorikan kepada bahasa pasar iaitu bahasa basahan sehari-hari untuk urusan harian yag kebiasaannya wujud unsur-unsur bahasa lain.

No comments:

Post a Comment