Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 37:

Asam garam bahasa pada kali ini ingin berkongsi penggunaan bahasa yang digunakan dalam penghasilan lagu dalam kalangan kumpulan muzik tanah air pada hari ini. Situasi ini terjadi apabila saya menghidupkan siaran radio melalui talefon mimbit untuk mendegar siaran radio kegemaran saya.  kebiasaannya setiap hujung minggu siaran radio tersebut akan mengudarakan lagu-lagu baru untuk diperkenalkan kepada pendengar. Ketika asyik mendengar lagu baru yang dimainkan oleh juru hebah radio tersebut,. Tidak dapat dinafikan susunan melodi yang menarik membuatkan lagu tersebut mudah diterima masyarakat. Namun dalam situasi ini bukan melodi lagu yang menarik perhatian saya tetapi  perasaan  teruja untuk meneliti bibit-bibit lirik lagu tersebut. Hal ini demikian kerana lirik lagu tersebut berbunyi:
Aku menunggu every day
Setiap monday
Setiap teusday
Setiap wednesday
Setiap thursday
Setiap friday
Aku menunggu setiap masa


KOMENTAR:
Dalam  keadaan ini, sangat jelas menunjukkan lirik lagu kumpulan muzik tersebut penggunakan bahasa campuran bagi menghiasi gubahan lirik lagu mereka. Lagu tersebut menggunakan lirik  bahasa campuran yang terdiri daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang digabungkan bersama. Situasi ini sewajarnya tidak berlaku kerana bahasa yang digunakan dalam lirik lagu tersebut akan mencemarkan bahasa Melayu yang dimasukkan unsur-unsur bahasa asing. Walaupun bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa Intelektual tetapi penggunaannya  diperlukan jika tiada istilah atau kata yang dapat mengungkapkan istilah tersebut dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kata “every day”,”monday”,”teusday,””wenesday”,”thursday” dan “friday” membawa maksud setiap hari, isnin, selasa, rabu, khamis dan jumaat dalam bahasa Melayu. Tindakan mencapurkan bahasa ini adalah tidak wajar sama sekali. Dengan ini stesen radio tersebut seharusnya bertanggungjawab bagi menapis penggunaan bahasa campuran ini bagi mengelakkan pencemaran bahasa dari terus berlaku.

No comments:

Post a Comment