Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 24:

Asam garam bahasa ingin berkongsi pengalaman yang dilalui semasa saya dan rakan-rakan dalam perjalanan ke Kuala Selangor untuk melakukan kajian lapangan untuk subjek Pembinaan Modal Insan. Kami mengikuti susur keluar simpang Bukit Gantang untuk memendekkan perjalanan kami ke destinasi. Tidak kurang dari 3 kilo meter dari tol yang kami lalui terdapat papan tanda yang menunjukkan arah Berjaya City namun yang kami dapati hanya bangunan yang separuh siapnya. Dalam keadaan ini bukan pembinaan terbengkalai yang igin saya ceritakan, sebaliknya penggunaan city yang terdapat dalam papan tanda dan kelulusan pihak berkuasa membenarkan penggunaan istilah city dalam menamakan kawasan tersebut.  Wajarkah keadaan ini berlaku?


KOMENTAR:
Keadaan ini sewajarnya tidak berlaku, dalam situasi ini kata “city” merupakan bahasa Inggeris yang diambil secara langsung oleh pihak pemaju bagi menamakan kawasan baru yang diterokai. Sewajarnya pihak berkuasa tidak membenarkan pihak pemaju menggunakan istilah “city” sebaliknya menggunakan kata “bandar” yang merupakan kata bahasa Melayu bagi mengtakrifkan kata “city”. Dalam hal ini kita punya kata yang tepat untuk menggantikan kata “city”.  Oleh itu, pihak kerajaan haruslah mengetatkan undang-undang atau memperuntukan akta bagi memastikan pihak yang terlibat harus mengutamakan bahasa Melayu sebelum membuat keputusan untuk menggunakan bahasa lain.

No comments:

Post a Comment