Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 35:

Hari ini asam garam bahasa akan berkongsi pengalaman mengenai penggunaan bahasa yang saya peroleh sempena memasuki sebuah siber café yang terletak berdekatan dengan kawasan perumahan saya.keadaan ini berlaku  oleh sebab saya ingin menggunakan kemudahan jalur lebar di pusat siber café tersebut untuk menyelesaikan sesuatu. Sewaktu saya memasuki pusat tersebut saya terkejut dengan pengguna yang menggunakan perhikmatan tersebut yang ratanya terdiri daripada pelajar sekolah yang masih kecil. Sepatutnya mereka menggunakan masa yang terluang dengan melakukan perkara yang berfaedah seperti bersukan atau menghabiskan waktu bersama ahli keluarga yang lain. Namun bukan persoalan ini yang ingin diperkatakan asam garam bahasa sebaliknya penggunaan kata “BAYAR DCNI” yang digunakan di meja pembayaran  pusat siber café tersebut.


KOMENTAR:
Dalam situasi ini, pusat siber café tersebut telah menggunakan kata yang salah dari segi ejaannya. Ejaan “DCNI” bagi menunjukkan kata “di sini”. Hal ini demikian kerana pihak siber café tersebut menggunakan kata singkatan yang dipengaruhi oleh unsur bahasa Inggeris yang mana kata “di” disingkatkan dengan huruf “D” manakala kata “sini” pula diganti dengan kata “cni”. jika dilihat kewajarannya pihak pusat siber tersebut seharusnya menggunakan ejaan yang tepat kerana pusat tersebut merupakan tempat yang sering dikunjungi oleh masyarakat umum terutamanya pelajar. dengan ini pihak pusat siber café tersebut hendaklah memberi contoh dan tauladan yang baik dari segi penggunaan bahasanya.

No comments:

Post a Comment