Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 36:

Asam garam bahasa pada kali ini ingin berkongsi pengalaman mengenai kemahiran berbahasa Melayu yang dimiliki oleh pelancong yang berkunjung ke Negara kita. Kejadian ini berlaku apabila saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Sewaktu duduk menunggu kerata api transit di stesen Hang tuah untuk ke Ampang, saya didatangi oleh seorang lelaki dalam lingkungan 50-an umurnya dan bertanyakan tempat duduk di sebelah saya, “Buleh pakcik duduk” kemudian saya mengangguk dan memberikan seyuman sampil mengensot ke sebelah kiri bagi memeri ruang kepada pakcik tersebut. Pada mulanya saya beranggapan bahawa pakcik tersebut merupakan orang Melayu kerana mempunyai kulit sawo matang dan berbahasa melayu tetapi ternyata angapan saya meleset apabila ahli keluarga pakcik tersebut yang menghampirinya dan menggunakan bahasa yang saya sendiri tidak pernah mendengarnya.


Komentar:
Dalam situasi ini, saya menganggap bahawa pakcik tersebut sebagi seorang pelancong kerana dia sekeluarga berpakaian secara santai mengambarkan mereka sedang bercuti. Tetapi saya ingin menekankan penggunaan bahasa Melayu yang digunakan oleh pelancong tersebut. Mungkin pakcik tersebut mempunyai kemahiran berbahasa tetapi tidak dapat diterapkan dalam ahli keluarganya kerana faktor Negara yang mereka duduki menggunakan bahasa sendiri, menyebabkan mereka tidak mempunyai kemahiran untuk berbahasa Melayu. Keadaan ini disebabkan oleh pertembungan budaya tempat yang diduduki. Tetapi sikap pakcik tersebut yang setia pada bahasa membuatkan saya kagum dengan sikapnya. Jika penduduk Negara kita sendiri mempunyai sikap seperti pakcik ini mungkin unsur-unsur membudayakan bahasa asing tidak berlaku sekaligus bahasa Melayu dapat dikukuhkan lagi.

No comments:

Post a Comment