Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 32:

Asam garam bahasa pada kali ini ingin berkongsi pengalaman berkenaan penggunaan bahasa yang terdapat dalam masyarakat kita hari ini.  Situasi ini berlaku apabila saya mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan saya. ketika mencari maklumat saya terlihat sebuah gambar yang menunjukkan sebuah papan tanda digerai minuman.  Namun bukan kedai minuman tersebut yang hendak saya tekankan tetapi penggunaan bahasa pada papan tanda di hadapan gerai minuman tersebut. Antara contoh penggunaan kata yang terdapat pada papan tanda tersebut adalah:
‘MINUMAN BERDOSA’
CARBNATED DRINKS’
KOMENTAR:
Dalam situasi ini perkataan  ‘MINUMAN BERDOSA’ yang dipaparkan pada papan tanda tersebut akan mengelirukan para pembeli  atau orang lain yang berada disekitar kawasan tersebut. Hal ini demikian kerana kata “berdosa” membawa maksud balasan atas sesuatu perkara yang dilarang atau ditegah. namun papan tanda tersebut bukan membawa maksud minuman berdosa sebaliknya ingin memaparkan “minuman bersoda’ berdasarkan tafsiran “carbonated drinks” yang dijual di gerai tersebut. Oleh itu, kesalahan ejaan seperti ini seharusnya dielakkan terlebih dahulu. Dimana peniaga tersebut seharusnya menyemak penggunaan bahasa yang digunakan pada papan tanda digerai mereka.
 Terdapat pada

No comments:

Post a Comment