Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 39:

Asam garam bahasa pada kali ini ingin berkongsi pengalaman mengenai istilah yang digunakan untuk  penamaan sesuatu benda. Situasi ini timbul apabila saya dan sepupu  ingin mencari sepasang baju yang sesuai untuk menghadiri majlis Perkahwinan ahli keluarga kami. Dalam kesibukan mencari, saya terlihat sepasang baju berwarna biru laut yang berpotongan kebaya menarik minat saya. tanpa berlengah saya mendapatkan juru jual kedai berkenaan dan bertanyakan harga bagi sepasang baju kebaya tersebut. Namun saya dikejutkan apabila juru jual tersebut menawarkan harga yang tinggi untuk sepasang baju tersebut. Membuatkan saya bertanyakan kerelevenan harga yang ditawarkan dengan barangan yang hendak saya beli. Kemudian juru jual tersebut mengatakan “harga baju ini memang mahal sebab ini baju kebaya nyonya yang dijahit tangan”.

KOMENTAR:
Dalam situasi ini saya ingin menekankan istilah “Kebaya Nyonya” sebagai nama sejenis gaya baju panjang yang dilengkapi dengan batik sarung merupakan salah satu gaya baju yang terdapat dalam masyarakat Kita. “Kebaya Nyonya” merupakan unsure yang dibawa oleh golongan "Baba" atau "Peranakan" berketurunan cina datang yang datang berhijrah ke tanah Melayu. Melalui migrasi ini membuatkan kaum cina ini menyesuaikan diri dengan mereka baju kebaya yang disesuaikan dengan budaya masyarakat cina dengan penambahan manik dan menggunakan kain dari Negara cina. Keadaan ini membuatkan suku perananakan ini berkembang dengan unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu sehingga ke hari ini. Pada hari ini, “Kebaya Nyonya” bukan sahaja dipakai oleh mereka yang berketurunan Peranakan sahaja tetapi masyarakat lain juga tidak terkecuali menggayakannya. Oleh itu, jelas menunjukkan faktor migrasi menyebabkan penyesuaian budaya yang seterusnya mencetuskan pengunaan unsur-unsur bahasa yang baru seperti “kebaya Nyonya”

No comments:

Post a Comment