Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 38:

asam garam bahasa pada kali ini ingin menambah sedikit rencah peraturan bahasa dalam penggunaan rujukan kehormat dalam bahasa Melayu. Situasi ini berlaku apabila saya dan rakan sedang menyiapkan kulit halaman tugasan berkumpulan untuk dihantar. Semasa menaip nama pensyarah di muka hadapan tugasan tersebut rakan saya bertanya bagaimana untuk megeja gelaran kehormat “datuk”. Sama ada ejaan seperti “datuk” atau “dato’.

Komentar:
Dalam bahasa melayu gelaran kehormat “datuk” merupakan gelaran yang dianugerahkan oleh sultan di peringkat negeri. Namun penggunaan ejaan “dato’” juga diguna pakai dalam Negara kita. Hal ini demikian kerana gelaran kehormat “dato’” juga mendukung gelaran yang dianugerahkan oleh sultan di peringat negeri tetapi digunakan di beberapa buah negeri sahaja seperi negeri Sembilan dan Melaka. Manakala gelaran kehormat “datuk” digunakan untuk seseorang yang dianugerahi gelaran diperingkat persekutuan dan beberapa buah negeri lain. oleh itu, sebelum kita menulis nama gelaran kehormat seseorang itu, kita perlulah mengetahui ejaan gelaran tersebut sama ada gelaran kehormat tersebut menggunakan ejaan “datuk” atau “dato’” kerana gelaran kehormat tersebut membawa imej sesebuah negeri.

No comments:

Post a Comment