Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 25:

Hari ini asam garam bahasa akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sewaktu dalam perjalanan pergi ke Kuala Selangor. Sebelum perjalanan kami sempat membuat persediaan membuat peta perjalnan untuk merancang perjalanan kami. Pada awalnya kami mengikuti perjalanan yang tersedia seperti yang ditunjukkan di dalam peta seperti kami melalui kawasan lombong yang besar, Universiti Selangor (UNISEL) namun kami hilang jejak apabila kami sampai di kawasan ladang kelapa sawit Sungai Belimbing. Disini kami cuba untuk melihat papan tanda yang menghala Kuala Selangor namun kaki dikelirukan dengan penanda (K’seor 8KM) adakah penanda tersebut mengatakan Kuala Selangor 8 kilometer dihadapan ataupun terdapat kawasan kampong yang bernama K’seor di kawasan ini. Keadaan ini betul-betul mendebarkan kami.


KOMENTAR:
Dalam keadaan ini penanda yang terdapat dikawsan itu menggunakan singkatan bagi memaklumkan kawasan Kuala Selangor berada 8 kilometer dihadapan. Dalam erti kata lain singkatan bermaksud sesuatu yang disingkatkan atau dipendekkan apabila dikaitkan dengan perkataan dan akan membawa maksud perkataan tertentu yang disingkatkan atau dipendekkan sewaktu menulisnya. Dalam penggunaan singkatan kata nama khas tanda baca titik sahaja yang dignakan kecuali bagi singkatan yang hanya mengambil huruf pertama dari setiap kata yang membentuk rangkai kata atau frasa dan huruf besar juga digunakan untuk mewakili huruf pertama perkataan. Oleh itu singkatan K’Seor  tidak sesuai digunakan sebagai singkatan bagi Kuala Selangor.

No comments:

Post a Comment