Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 27:

Asam garam bahasa kali ini ingin berkongsi tentang penggunaan antara kata ‘Yang di-Pertua ataupun Yang Dipertua’. Kedua-dua frasa ini walaupun mempunyai sebutan yang sama tetapi penggunaannya ternyata berbeza. Situasi ini bermula apabila rakan  sebilik saya bertanyakan ejaan yang betul tentang perkataan ‘Yang di-Pertua ataupun Yang Dipertua’ samaada terdapat penggunaan sempang atau tidak untuk menyiapkan tugasannya. Oleh itu, apakah perbezaan penggunaan tanda sempang ini mempengaruhi makna kedua-dua kata tersebut?


KOMENTAR:
Dalam situasi ini berlaku ketidak keselarasan penggunaan kata tersebut menyebabkan pada tahun 2000  Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil peranan untuk menyelaraskan penggunaan kedua-dua kata tersebut. Antara penggunaan kata bentuk ejaan ‘Yang di-Pertua’  ini adalah selaras dengan bentuk yang digunakan secara rasmi oleh Jabatan Perdama Menteri dan bentuk ini digunakan dalam Perlembagaan dan Persekutuan khususnya digunakan untuk ketua Negara, ketua negeri dan ketua Negara mahupun Negeri. Manakala ejaan selain daripada ejaan yang digunakan adalah ejaan ‘Yang Dipertua’.  Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa tanda sempang membawa perbezaan dalam penggunaan kata ‘Yang di-Pertua ataupun Yang Dipertua’.

No comments:

Post a Comment