Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 26:

Asam garam bahasa kali ini ingin berkongsi tentang penggunaan bahasa yang digunakan untuk menamakan sesebuah kawasan baru. Kejadian ini berlaku apabila  rakan saya mengajak saya untuk pergi berjoging di kawasan baru yang lengkap dengan frasarana yang lengkap dengan trak joging. Apabila saya bertanyakan nama kawasan tersebut saya terkejut dengan namanya iaitu ‘Lake Valey’. Adakah kawasan tersebut terletak di luar Negara ataupun dalam Negara kita sendiri. Kemudian kawan saya menyakinkan saya bahawa kawasan tersebut berada disekitar kawasan perumahan kami. Kemudian saya berfikir adakah wajar kita mengangungkan penggunaan bahasa asing sedangkan kita mempunyai bahasa kita sendiri iaitu bahasa Melayu.


KOMENTAR:
Keadaan ini adalah tidak wajar sama sekali, saya mendapati kawasan tersebut merupakan kawasan yang diduduki oleh masyarakat yang terdiri daripada  golongan pertengahan hingga golongan elit yang kita sedia maklum bahawa majority penduduknya mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Sebagai golongan yang mampu berfikir tidakkah kita berasa bertanggungjawab untuk membantah penggunaan nama kawasan readah tersebut dengan nama ‘Lake Valey’. Sepatutnya kita lebih mengutamakan bahasa kebangsaan kita sendiri iaitu bahasa Melayu yang boleh menterjemahkan ungkapan ‘Lake Valey’ kepada nama yang lebih indah iaitu ‘Lake’ membawa maksud tasik atau danau manakala ‘Valey’ pula membawa maksud lembah. Lurah atau jurang dalam bahasa Melayu. Jika kita gunakan bahasa Melayu sebagai pengantian nama ‘Lake Valey’ perkataan yang sesuai adalah Lembah Danau. Keadaan ini bukan sahaja memartabatkan bahasa dari segi penggunaannya malah melalui nama   Lembah Danau ini juga dapat meningkatkan kosa kata masyarakat setempat melalui penggunaan kata ini. Oleh itu, sewajarnya penggunaan bahasa Inggeris ini ditukarkan dalam bentuk bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment