Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 34:

Asam garam bahasa pada kali ini ingin berkongsi situasi yang biasa kita lalui tetapi kita tidak mengendahkannya. Keadaan ini berlaku diantara saya dan rakan sebilik sedang menyiapkan tugasan masing-masing. Sedang leka menyusun dan menaip idea rakan sebilik saya mengemukakan persoalan dimana terdapat kekeliruan tentang penggunaan nama gelaran. Antara penggunaan nama gelaran yang mengelirukannya adalah samada penggunaan “Tengku” atau “Tuanku” untuk kerabat diraja. Sebagai contoh persoalan rakan saya tersebut adalah:
“nama perpustakaan kita Tuanku Bainun atau Tengku Bainun?”
KOMENTAR:
Dalam situasi ini pengunaan nama gelaran raja samada menggunakan “Tengku” ataupu “Tuanku” oleh kerana dari segi fonologinya dua kata gelaran ini agak sama tetapi penggunaannya dalah berbeza sama sekali. Seperti yang kita sedia maklum bahawa universiti  pendidikan Sultan Idris menamakan perpustakaan univrsiti bersempena dengan nama Censelor kita. Oleh itu, perpustakaan universiti kita dinamakan sebagai Perpustakaan Tuanku Bainun.  Dalam konteks istilah kata “'dalam Kamus Dewan Edisi Empat menyatakan bahawa gelaran “Tengku” adalah gelaran bangsawan Melayu untuk anak-anak raja atau orang-orang yang berketurunan raja.  Manakala gelaran raja “Tuanku” pula digunakan untuk raja yang menduduki takhta sesebuah negeri dimana kita sebagai rakyat dipertuankan oleh kedudukan raja kerana raja merupakan institusi yang tertinggi dalam kelas masyarakat.  Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa penggunaan kata gelaran “Tengku” dan ”Tuanku” membawa maksud yang berbeza.

No comments:

Post a Comment