Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 30:

Kali ini asam garam bahasa ingin berkongsi tentang penggunaan singkatan perkataan dalam bahasa Melayu. Keadaan ini berlaku sewaktu saya bersama-sama rakan berada di kantin asrama untuk membincangkan tugasan yang perlu dilaksanakan. Selang beberapa meja dari tempat kami membuat perbincangan terdapat sepasang sahabat yang sedang menaip sesuatu. Kemudiannya kami didatangi oleh pasangan tersebut dan diajukan soalan yang mengelirukan mereka. Anatara bentuk persoalan yang membelenggu pasangan ini adalah seperti “ apakah singkatan untuk Subhanahuwataala ya.. adakah SAW atau SWT?”

Komentar:
Dalam situasi ini singkatan ialah sesuatu yang disingkatkan atau dipendekkan sewaktu menulisnya.  Kata Subhanahuwataala merupakan kata serapan dari bahasa arab yang juga disingkatkan penulisannya. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keepat singkatan bagi Subhanahuwataala adalah SWT dari huruf-huruf dalam kata Subhanahuwataala manakala singkatan SAW pula mewakili singkatan dari kata arab sallallahualaihiwasalam oleh itu, jelas menunjukkan bahawa singkatan bagi Subhanahuwataala adalah SWT.

No comments:

Post a Comment