Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 33:

Kali ini asam garam bahasa ingin berkongsi sekali lagi tentang kesalahan penggunaan kata istilah yang terdapat pada gambar sebuah papan tanda sambungan daripada edisi asam garam bahasa yang ke-32 tetapi kali ini asam garam bahasa ingin menekankan penggunaan bahasa yang terdapat pada penanda di sebelah kanan gambar diatas.  Penanda tersebut menggunakan kata “harga spesial” di tingkat botal bersoda di rak premis tersebut. Apakah wajar kata “special” digunakan?

KOMENTAR:
Dalam situasi ini, “harga spesial” yang terdapat pada penanda di rak minuman bersoda tersebut merupakan hasil campuran bahasa melayu melalui penggunaan kata ‘harga’ manakala istilah spesial pula merupakan kata yang berasal dari bahasa inggeris iaitu”special” yang membawa maksud istimewa. Namun kata “special” ini tidak mempunyai makna dalam kamus bahasa Melayu. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa bahasa yang digunakan oleh peniaga tersebut menggunakan bahasa campuran antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Melalui penggunaan bahasa campuran ini ia akan mempengaruhi bahasa yang digunakan oleh masyarakt melalui pemerhatian mereka sekaligus mereka akan biasa menggunakan kata-kata ini.

No comments:

Post a Comment