Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 28:

Pada kali ini, asam garam bahasa ingin berkongsi pengalaman berkenaan penggunaan kata ‘saing’ dalam kehidupan masyarakat Melayu sendiri.  Situasi ini berlaku apabila saya menerima pesanan ringkas daripada seorang rakan antara bentuk pesanan tersebut adalah “tira sekejap lagi kita saing ya..” selepas mendapat pesanan tersebut saya berasa sedikit kurang faham tentang penggunaan kata “saing” yang diberikan rakan saya tadi. apakah maksud yang cuba disampaikan disini?

KOMENTAR:
Kita sedia maklum bahawa kita terdiri daripada latar masyarakat yang berbeza walaupun kita berkongsi Negara yang sama. Oleh kerana faktor geografi dan sempadan masyarakat membuatkan kita sedikit berbeza dalam pengunaan bahasa sehari-hari. Kata “saing” yang saya fahami adalah digunakan untuk mengambarkan persingan antara seseorang individu dengan individu yang lain. manakala dalam konteks ayat yang diberikan kawan saya “saing” membawa maksud bersama-sama mengerjakan sesuatu. Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa “saing” membawa dua maksud yang berbeza iaitu bersama-sama dan persaingan antara mereka.

No comments:

Post a Comment