Thursday, January 27, 2011

ASAM GARAM BAHASA 10:

Asam garam bahasa pada kali ini ini menceritakan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat kampus. Situasi ini berlaku semasa saya sedang menaiki tangga ke bilik kuliah di tingkat 2 Proton City. Sewaktu menaiki tangga saya terdengar seorang pelajar menjawab panggilan tersebut dan berkomunikasi dengan bahasa Melayu namun lama kelamaan pelajar tersebut menggunakan perkataan “No la” dalam perhubungannya, namun pelajar tersebut  acap kali menggunakan istilah tersebut dalam komunikasinya. Keadaan ini membuatkan hati saya memberontak dengan dihujani pelbagai persoalan.

ASAM GARAM BAHASA 9:

Asam garam bahasa pada kali ini igin berkongsi perkataan baru yang terdapat dalam penggunaan dialek oleh orang pantai timur iaitu negeri  Cik Siti Wan Kembang. Keadaan ini berlaku apabila saya mengikuti kuliah Sosiolinguistik bersama Dr. Siti Saniah di dewah kuliah Proton City 20. Pensyarah yang pada ketika itu membincangkan sub bidang yang terdapat dalam Mikrososiolinguistik berkenaan dengan dialek yang digunakan masyarakat tempatan. Pensyarah meminta pelajar-pelajar mengemukakan contoh istilah dialek yang digunakan oleh masyarakat Kelantan yang sukar difahami oleh masyarakat lain seperti orang johor yang menggunakan dialek riau. Salah seorang daripada rakan kuliah saya mengemukakan contoh  “kabir gokngak” dan “supek gelenya” menyebabkan ramai diantara kami yang tidak mengenali akan perkataan yang diungkapkan oleh rakan itu.

Wednesday, January 26, 2011

ASAM GARAM BAHASA 8:


Hari ini asam garam bahasa keluar bersama rakan untuk menyelesaikan beberapa perkara di pecan Tanjung Malim. Dalam perjalanan ke bank Islam saya dan rakan-rakan singgah digerai menjual pisang goring dan air Kelapa untuk mengalas perut dan membasahkan tekak dalam cuaca yang panas terik. Dalam keadaan yang panas itu kami meneruskan perjalanan apabila sampai sahaja di deretan kedai menjual keperluan telefon bimbit saya terpandang akan iklan yang mempromosikan telefon bimbit anatara tema yang digunakan adalah “HTC model telefon kecil tetapi menakjubkan anda” tarikan ayat tersebut membuatkan kami singgah ke kedai tersebut untuk melihat sendiri model telefon HTC tersebut. Menyebabkan kami terlewat untuk pergi ke bank Islam. Betapa kuatnya pegaruh iklan tersebut.

Tuesday, January 25, 2011

ASAM GARAM BAHASA 7:

Pada hari ini asam garam bahasa mendedahkan pengunaan bahasa oleh orang asing yang boleh berbahasa Melayu di Negara kita. Kejadian ini berlaku sewaktu saya dan rakan-rakan sedang menunggu giliran untuk menaiki lif ke bilik kuliah di tingkat tiga banggunan ‘Proton City’. Saya terdengar seorang pekerja mencuci banggunan yang dipercayai pekerja warga asing berbual bersama majikannya. Antara petikan-petikan ayat yang sempat saya dengar adalah “sabun dua-dua mahu” dan “bos bila mau bayar saya”. dari ayat yang digunakan oleh pekerja itu saya dapati maksud yang cuba disampaikan oleh pekerja asing itu pada ayat pertama adalah dia mahu akan kedua-dua jenis sabun yang dicadangkan oleh majikannya, manakala maksud bagi ayat kedua adalah pekerja itu meminta kepastian bilakan majikannya akan membayar wang upah kerjanya. Dari keadaan ini menunjukkan bahawa walaupun mereka tidak didedahkan dengan penggunaan bahasa Melayu diperingkat awal tetapi mereka dapat berinteraksi dengan menggunakan bahasa Melayu.

Monday, January 24, 2011

ASAM GARAM BAHASA 6:

Rencah asam garam bahasa pada kali ini igin menambah sedikit rasa bahasa yang baru diperoleh dalam kalangan remaja pada masa kini. Kejadian ini berlaku semasa saya menunggu bas di perhentian bas Jalan Hang Tuah. ketika duduk diperhentian bas tersebut  terdapat sekumpulan remaja mengambil tempat di sebelah saya dan meneruskan perbualan antara mereka. Dalam pemandangan yang sibuk dengan deretan kenderaan menuju ke destinasi masing-masing, saya sedikit sebanyak terhibur dengan bibit-bibit kata yang digunakan oleh sekumpulan remaja tadi. Mereka menggunakan unsur bunyi “doh” di setiap akhir perkataan yang disampaikan. Antara contoh baris-baris ayat yang diselitkan unsur  bunyi ini adalah “sini la doh”, “bukan cam tu la doh”. Keadaan ini mebuatkan saya berfikir sejenak apakah unsur bunyi itu singkatan daripada perkataan bodoh ataupun digunakan sebagai unsur bunyi untuk memberi penekanan sesuatu maksud ayat.

Sunday, January 23, 2011

ASAM GARAM BAHASA 5:

Izinkan saya menambah rencah Asam Garam Bahasa pada kali ini, situasi ini berlaku apabila saya dan rakan-rakan pergi ke pasar malam di Pekan Tanjung Malim pada hari sabtu yang lalu. Sewaktu kami melintasi barisan gerai pasar malam tersebut saya dan rakan-rakan disapa oleh peniaga air untuk membeli air, yang melucukan kami apabila peniaga tersebut menggunakan ayat ”adik cantik beli air lagi cantik”, keadaan ini menyebabkan saya dan rakan-rakan berpandangan sesama sendiri dan mencetuskan gelak tawa antara kami. Namun keadaan ini bukan sahaja terjadi kepada kami tetapi peniaga tersebut juga menggunakan konsep ayat yang sama, Cuma terdapat penukaran nama panggilan yang sesuai dengan individu terbabit. Antaranya adalah “mak cik cantik beli air lagi cantik” sehinggakan mak cik yang melalui kawasan tersebut tersipu malu. Sungguh menarik prhatian kepada sesiapapun yang mendengarnya.

Friday, January 21, 2011

ASAM GARAM BAHASA 4:

Rencah asam garam bahasa pada hari ini  apabila saya mengalami kesukaran dalam memahami cerita yang dikongsi bersama oleh rakan seruamah saya di asrama.  Situasi ini berlaku sewaktu saya bersama rakan serumah yang lain menjamu selera untuk makan malam. Rakan saya menceritakan pengalaman rumahnya dinaiki air. Sewaktu rakan saya bercerita kami sesama sendiri perbandangan antara satu sama lain apabila memikirkan kembali pengunaan ayat suntuk menggambarkan keadaan. anatara ayat yang dipetik berbunyi “mak cik saya suami dia”. Menyemarakkan lagi bunga-bunga ketawa di bibir kami.

ASAM GARAM BAHASA 3:

Rencah asam garam yang terdapat dalam penggunaan bahasa dapat saya kesan adalah melalui perbualan rakan saya dan kenalannya yang berlaku sewaktu kami dalam perjalanan menghadiri kuliah ke Kampus. Kenalan rakan saya menengurnya “awak Nampak segar sekarang” sambil menunjukkan gerak badan membuka bidang badannya bagi  mengambarkan keadaan rakan saya semakin berisi. Keadaan ini sedikit sebanyak mengelikan hati sekaligus membawa persoalan dalam diri saya. 

 KOMENTAR:
dalam situasi ini penggunaan istilah ‘segar’ digunakan oleh penutur bertujuan untuk mengatakan keadaan individu yang semakin besar atau berisi dari keadaan yang seblum ini.  Namun pengunaan istilah ‘segar’ dalam konteks ayat yang dimaksudkan tidak bersesuaian dengan maksud istilah sebaliknya kalimat ‘segar’ digunakan untuk keadaan tubuh badan yang cergas dan sihat.

Thursday, January 20, 2011

ASAM GARAM BAHASA 2:


Asam garam bahasa yang saya pahatkan disini berlaku sewaktu saya dalam perjalanan pulang kerumah dengan menaiki bas. dua orang penumpang di hadapan  tempat duduk saya terdapat dua orang individu yang mengenali antara satu sama lain melalui cara  percakapan mereka yang mesra. Disepanjang perjalanan mereka bercerita mengenai pengalaman mereka walaupun perbualan mereka agak kuat tetapi saya tidak ambil kisah selagi mereka tidak melampaui batasannya. Akan tetapi terdapat sepatah ayat yang mencuit hati saya antara ayat yang mendapat perhatian saya apabila saya mendengar penggunaan ayat seperti “hah… ini lah tempatnya aku ke sana dia ke sana” . kasihan rakannya yang agak keliru pada ketika itu.

KOMENTAR :
Dalam situasi ini individu tersebut menggunakan kata arah yang sama iaitu kata arah ‘sana’ tetapi membawa maksud tempat yang bertentangan antara satu sama lain. sepatutnya inidividu tersebut menggunakan kata arah ‘sana’ dan ‘sini’ bagi menunjukkan tempat yang lebih dekat menggunakan kata arah ‘sini’ manakala tempat yang lebih jauh menggunakan kata arah ‘sana’ bagi menjelaskan berbezaan jarak dalam ceritanya itu. Dengan ini lebih mudah untuk pendengar memahami situasi yang diceritakan.

Wednesday, January 19, 2011

Asam Garam Bahasa 1:

Asam garam bahasa petama yang dapat saya ukirkan disini apabila saya dan rakan-rakan pulang dari kuliah setelah sehari suntuk kami menghadiri kuliah. Semasa kami menuju ke kawasan kedai makan yang berdekatan dengan kolej kami duduki saya terdengar orang memanggil “oiiit”. kemudian saya menoleh sekiranya orang tersebut menujukan perkataan tersebut kepada saya, sama ada   terdapat kesilapan tanpa saya disedari, sebaliknya orang tersebut merupakan seorang pelajar perempuan sedang bertegur sapa dengan rakannya yang lain. manisnya bahasa pelajar hari ini.