Wednesday, January 26, 2011

ASAM GARAM BAHASA 8:


Hari ini asam garam bahasa keluar bersama rakan untuk menyelesaikan beberapa perkara di pecan Tanjung Malim. Dalam perjalanan ke bank Islam saya dan rakan-rakan singgah digerai menjual pisang goring dan air Kelapa untuk mengalas perut dan membasahkan tekak dalam cuaca yang panas terik. Dalam keadaan yang panas itu kami meneruskan perjalanan apabila sampai sahaja di deretan kedai menjual keperluan telefon bimbit saya terpandang akan iklan yang mempromosikan telefon bimbit anatara tema yang digunakan adalah “HTC model telefon kecil tetapi menakjubkan anda” tarikan ayat tersebut membuatkan kami singgah ke kedai tersebut untuk melihat sendiri model telefon HTC tersebut. Menyebabkan kami terlewat untuk pergi ke bank Islam. Betapa kuatnya pegaruh iklan tersebut.


Komentar:
Dalam keadaan ini, tema model telefon HTC tersebut menggunakan bahasa sebagai daya penarik kepada orang yang membacanya. Susunan bahasa yang menggunakan beberapa perkataan gramatis membuatkan pembaca terpengaruh dengan isi yang cuba disampaikan iaitu model telefon HTC.  Walaupun model telefon tersebut bersaiz kecil, tetapi dengan penggunaan kata “menakjubkan anda” membuatkan pembaca terfikir akan fungsi pelbagai model telefon tersebut yang lain dari model telefon yang lain. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa bahasa juga memainkan peranan penting yang digunakan sebagai medium untuk mempengaruhi dan memujuk seseorang itu.  

No comments:

Post a Comment