Friday, January 21, 2011

ASAM GARAM BAHASA 4:

Rencah asam garam bahasa pada hari ini  apabila saya mengalami kesukaran dalam memahami cerita yang dikongsi bersama oleh rakan seruamah saya di asrama.  Situasi ini berlaku sewaktu saya bersama rakan serumah yang lain menjamu selera untuk makan malam. Rakan saya menceritakan pengalaman rumahnya dinaiki air. Sewaktu rakan saya bercerita kami sesama sendiri perbandangan antara satu sama lain apabila memikirkan kembali pengunaan ayat suntuk menggambarkan keadaan. anatara ayat yang dipetik berbunyi “mak cik saya suami dia”. Menyemarakkan lagi bunga-bunga ketawa di bibir kami.

Komentar:
Walaupun situasi ini membawa kelucuan tetapi penggunaan susun kata ayat membuatkan pendengar keliru dengan maksud konteks ayat yang disampaikan.konteks ayat yang digunakan oleh penutur membawa maksud ‘pak cik’ atau ‘bapa saudaranya’. Dalam keadaan ini penutur telah menggunakan unsur rencam dalam susun kata yang dihasilkan. Menyebabkan pendengar memerlukan masa yang lama untuk memahami maksud ayat sebelum membuat maklum balas dalam komunikasi. Hal ini demikian kerana pendengar akan menggambarkan mak ciknya terlebih dahulu kemudian beralih bagi mengambarkan suami kepada mak ciknya. Oleh itu, unsur rencam membawa kepada kekeliruan memahami maksud sekaligus melambatkan respon dalam berkomunikasi.  

No comments:

Post a Comment