Tuesday, January 25, 2011

ASAM GARAM BAHASA 7:

Pada hari ini asam garam bahasa mendedahkan pengunaan bahasa oleh orang asing yang boleh berbahasa Melayu di Negara kita. Kejadian ini berlaku sewaktu saya dan rakan-rakan sedang menunggu giliran untuk menaiki lif ke bilik kuliah di tingkat tiga banggunan ‘Proton City’. Saya terdengar seorang pekerja mencuci banggunan yang dipercayai pekerja warga asing berbual bersama majikannya. Antara petikan-petikan ayat yang sempat saya dengar adalah “sabun dua-dua mahu” dan “bos bila mau bayar saya”. dari ayat yang digunakan oleh pekerja itu saya dapati maksud yang cuba disampaikan oleh pekerja asing itu pada ayat pertama adalah dia mahu akan kedua-dua jenis sabun yang dicadangkan oleh majikannya, manakala maksud bagi ayat kedua adalah pekerja itu meminta kepastian bilakan majikannya akan membayar wang upah kerjanya. Dari keadaan ini menunjukkan bahawa walaupun mereka tidak didedahkan dengan penggunaan bahasa Melayu diperingkat awal tetapi mereka dapat berinteraksi dengan menggunakan bahasa Melayu.

KOMENTAR:
Kita sedia maklum bahawa pekerja-pekerja asing yang datang ke Negara kita dalam sektor kontrak kebiasaannya tidak diberi pendedahan dalam bebahasa Melayu. Hal ini demikian kerana pekerjaan yang mereka lakukan tidak menglibatkan mereka berinteraksi antara individu lain. namun begitu dalam keadaan ini pekerja asing itu dikatakan fasih berbahasa Melayu walaupun dari segi penggunaan susunan kata dan prinsip bahasa yang digunakan tidak tepat tetapi pekerja asing itu dapat berinteraksi dalam bahasa Melayu sekaligus penggunaan ayat yang diujarkan member pemahaman kepada orang lain yang mendengarnya. Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahasa Melayu merupakan bahasa yang mudah difahami dan dipelajari.

No comments:

Post a Comment