Thursday, January 27, 2011

ASAM GARAM BAHASA 10:

Asam garam bahasa pada kali ini ini menceritakan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat kampus. Situasi ini berlaku semasa saya sedang menaiki tangga ke bilik kuliah di tingkat 2 Proton City. Sewaktu menaiki tangga saya terdengar seorang pelajar menjawab panggilan tersebut dan berkomunikasi dengan bahasa Melayu namun lama kelamaan pelajar tersebut menggunakan perkataan “No la” dalam perhubungannya, namun pelajar tersebut  acap kali menggunakan istilah tersebut dalam komunikasinya. Keadaan ini membuatkan hati saya memberontak dengan dihujani pelbagai persoalan.

KOMENTAR:
Dalam keadaan ini pelajar tersebut menggunakan bahasa rojak dengan mencampurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai medium ujarannya. Istilah “No” yang digunakan terdiri dari perkataan Inggeris yang bermaksud tidak, manakala istilah “-lah” merupakan partikel yang terdapat dalam bahsa Melayu digunakan sebagai penegasan ayat. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya percampuran dan kekeliruan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Walaupun kita dapat menguasai dwi bahasa namun kemahiran berbahasa tidak seharusnya dicampurkan dengan laras bahasa yang lain kerana penggunaan istilah tersebut bukanlah bahasa yang dapat dirujuk tambahan lagi penggunaan bahasa rojak ini akan mentadangkan kekeliruan bagi mereka yang baru memperoleh kemahiran berbahasa teratamanya dari kalangan kanak-kanak dan bangsa lain yang mempelajari bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment