Monday, February 7, 2011

ASAM GARAM BAHASA 11:

Pengalaman asam garam bahasa pada kali ini terjadi sewaktu saya bersama ibu singgah untuk menjamu selara di sebuah restoran Pak Hinam Kopitiam yang berdekatan dengan rumah kami. setibanya di restoran tersebut, seorang pelayan mengambil pesanan kami. Saya memesan Mee Wantan manakala ibu pula hanya memesan Pau Kacang dan secawan kopi panas untuk setiap seorang. Sementara menunggu kami berbual-bual bertukar-tukar cerita, ibu dengan cerita pejabatnya sebaliknya saya bercerita mengenai situasi rakan-rakan dan perjalanan kuliah sepanjang berada di kampus. Saya menunggu pesanan dengan hati yang teruja untuk mencuba menu baru di restoran tersebut, tetapi keadaan menjadi hampa apabila hampir setengah jam kami menunngu pesanan kami masih belum muncul. Kemudian saya memberanikan diri untuk bertanya kepada salah seorang pekerja disana. “Adik, saya nak Tanya tentang pesanan saya buat tadi, lama lagi ke? kalau lama saya nak” dengan riak muka yang masam pekerja tersebut membalas “tunggu la sekejap, tak Nampak ke orang ramai lagi ni, bukan awak seorang”. Mendengar maklumbalas pekerja tersebut membuatkan saya dan ibu membatalkan hasrat untuk mencuba menu baru tersebut, kami terus keluar dari restoran itu sehingga tindakkan kami disedari oleh penyelia di restoran terbabit, melalui ekor mata saya pekerja tersebut diberi amaran oleh majikannya.
Komentar:
Wajarkah tindakkan pekerja tersebut melayan pelanggannya dengan menggunakan kata yang agak kasar? Keadaan seperti ini memang sepatutnya tidak wajar berlaku dalam kalangan masyarakat sendiri. Kita sedia maklum bahawa kita merupkan bangsa yang tinggi dengan adap dan santunnya. Seharusnya pekerja tersebut menggunakan ayat yang lebih sopan seperti “minta maaf cik hari ini kami ramai pelanggan, biar saya periksa dahulu pesanan cik” apabila mendengar ayat yang sopan dan lembut ini hati pelanggan yang marah juga dapat disejukkan. Seterusnya restoran tersebut tidak akan kehilangan pelanggan malah menambahkan lagi jumlah pelanggan tetap yang berkunjung ke sana. Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa pemilihan penggunaan susun kata yang lebih teratur dan sopan haruslah dititikberatkan  untuk mengelakkan tercetusnya kepada pergaduhan.

No comments:

Post a Comment