Thursday, February 10, 2011

ASAM GARAM BAHASA 15:

Pada kali ini asam garam bahasa memperoleh pesanan ringkas melalui pesanan ringkas melalui telefon bimbit. Berteka-teki siapakan gerangan pengirim pesanan namun yang ditunggu tidak muncul yang lain datang bertandang. Pesanan kali ini datangnya dari nombor yang saya sendiri tidak mengenalinya tetapi isi pesanan ringkas tersebut menarik mata ini untuk membaca pesanan tersebut sehingga akhirnya. Pesanan ini  merupakan iklan untuk menarik kita melaburkan sejumlah wang dan dalam sekelip mata kita memperoleh untung melalui pengandaan wang tersebut. Antara contoh penggunaan ayat iklan tersebut adalah “anda memiliki wang, berpuas hati dengan jumlah wang simpanan anda? Mahukan wang yang lebih, melaburlah bersama moneygreetings wang anda akan bertambah sekali ganda atau dua kali ganda keuntungannya’. Walaupun ayat tersebut secara sahnya boleh dikatakan sebagai peranggkap oleh penjenayah siber sekarang tetapi penggunaan sekali ganda dan dua kali ganda tersebut mengelirukan saya. berapa banyakkah jumlah yang sewajarnya?

KOMENTAR:
Penggunaan kata “sekali ganda” dan “dua kali ganda” dalam pesanan ringkas tersebut sememangnya digunakan untuk mengelirukan dan mengaburi si penerima pesanan supaya tertipu dengan helah yang digunakan. Mungkin bagi mereka yang bersifat tamak akan terpedaya dengan istilah  “sekali ganda” dan “dua kali ganda” yang mengambarkan betapa banyaknya jumlah wang yang diperoleh. Oleh itu, marilah kita mepelajari maksud sebenar kata “sekali ganda” dan “dua kali ganda” supaya kita dapat mebezakannya dan tidak mudah tertipu dengan penjenayah siber ini. “sekali ganda”  membawa erti satu kali lebih banyak daripada yang asal manakala “dua kali ganda” pula membawa maksud dua kali lebih banyak daripada yang asal. Ini dapat ditunjukkan seperti berikut:
Sekali ganda bagi RM 100: RM 100 + RM 100 = RM 200
Dua kali ganda bagi RM 100: RM 100 + (RM 100 + RM 100)= RM 300
Sehubungan dengan itu, sekiranya kita mempunyai wang sebayak RM100 akan menjadi RM200 apabila di sekali gandakan dan meningkat menjadi RM300 apabila jumlah wang RM100 anda akan di dua kali gandakan. Dengan pengetahuan ini kita tidak sewenang-wenangnya dikelirukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment