Wednesday, February 9, 2011

ASAM GARAM BAHASA 13:

Di ketika ini asam garam bahasa igin berkongsi pengalaman penggunaan kata mencolok mata. Ketika cuti pertengahan semesta yang lepas saya bertemu dengan rakan sekolah dahulu yang menjadi rutin setiap cuti semesta. Pada waktu inilah kami menghabiskan masa bersama disamping mengetahui perkembangan diri masing-masing. Ketika kami mendapatkan tempat duduk di restoran makanan segera KFC kami terlihat seorang perempuan melayu yang berpakaian agak seksi dan mendedahkan sebahagian anggotanya. dengan tidak semena-mena kawan saya memberikan isyarat mata kepada saya dan berkata dengan separa bebisik menyatakan “wow.. pakaian dia mencolok mata aku”. saya membalas “ush.. seksa tengok dia jalan”. Dengan serentak ketawa megekek dalam senyap bagi mengelak tindakkan kami disedari oleh perempuan tersebut. Tidak beberapa lama kemudian saya berfikir akan perkataan “mencolok” yang digunakan oleh kawan saya sebentar tadi, bukankah sepatutnya perkataan “menjolok” yang digunakan bagi menggantikan kata “mencolok”.

Komentar:
Kamus Dewan (2005: 285, 636) mentakrifkan “mencolok” adalah mencucuk  manakala “menjolok” pula membawa maksud menusuk atau merodok. Menurut Kamus Dewan ini jelaslah menunjukkan bahawa kedua-dua perkataan ini boleh digunakan sebagai rangkai kata yang membentuk simpulan bahasa yang digunakan sebagai simpulan bahasa yang membawa maksud memberi malu dan menyakitkan hati kepada mereka yang melihat cara berpakaian perempuan terbabit. oleh itu, kedua-dua rangkai kata tersebut boleh digunakan  kerana membawa maksud yang bersinonim antara sau sama lain.

No comments:

Post a Comment