Tuesday, February 15, 2011

ASAM GARAM BAHASA 17:

Hari ini asam garam ingin berkongsi situasi tentang nilai rasa bahasa yang sering kita gunakan dalam kehidupan tanpa kita sedari nilai rasanya sama ada baik ataupun mencetuskan ketidakpuasaan hati masyarakat pendengar yang sensetif tentang nilai rasa bahasa yang digunakan. Sewaktu saya dalam perjalanan ke rumah mak cik yang terletak di Serdang, Selangor kami terlibat dalam satu kesesakan lalu lintas yang mengambil masa kira-kira tiga puluh minit dari tempoh masa perjalanan biasa yang kami lalui. Kira-kira tiga puluh minit berlalu ayah berkata “laa.. patutla sesak ada cina mampus rupanya”. Pada mulanya saya meresakan perkara tersebut biasa kerana masyarakat dahulu sering menggunakan kata “mampus” bagi meunggapkan kematian bagi orang cina. Namun pada zaman sekarang adakah wajar kita gunakan  kata “mampus”?
KOMENTAR:
Dalam situasi ini kata “mampus” mempunyai makna denotatif iaitu mengandungi unsur makna  yang negatif. Walaupun kata “mampus” mempunyai makna yang sama dengan “mati”, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Kata “mampus” membawa nilai rasa yang rendah dan digunakan untuk seseorang yang dibenci. Manakala bagi mengambarkan nilai rasa yang lebih tinggi dan sopan kata tersebut digantikan dengan kata “mati”. Oleh itu, kata “mampus” haruslag diganti dengan kata “mati” bagi menghormati sesama individu walaupun kita berbeza budaya, agama dan pertuturan tetapi kita berkongsi udara yang sama.    

No comments:

Post a Comment