Thursday, February 17, 2011

ASAM GARAM BAHASA 19:


Kali ini asam garam bahasa dapat mengesan penggunaan bahasa yang membawa maksud yang sama tetapi diungkapankan dengan sebutan yang lain. situasi ini berlaku apabila saya dan rakan menyiapkan tugasan penulisan kumpulan  di bawah perkarangan blok satu, kolej kediaman kami. Sewaktu menaip baris-baris perkataan kami terhenti apabila kawan saya menyebut “tanda sempang” manakala kawan saya yang lain menyebut kata “sengkang”  keadaan ini menimbulkan tanda Tanya dalam diri saya bahawa perkataan manakah yang wajar digunakan untuk menyatakan maksud kepada garis pendek melintang untuk menceraikan suku kata atau tanda hubung.

KOMENTAR:
Walaupun kedua-duanya biasa kita gunakan dalam kehidupan seharian. Namun dalam kamus dewan edisi ketiga (1994:1234), perkataan yang betul bagi merujuk kepada erti garis pendek melintang untuk menceraikan suku kata atau tanda baca adalah sengkang. Manakala tanda  sempang membawa maksud tanda yang menceraikan suku kata menurut kamus dewan edisi ketiga (1994:1243). Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kata “sengkang” dan “sempang” adalah bersinonim dan kedua-duanya boleh digunakan sebagai garis pendek melintang untuk menceraikan suku kata.

No comments:

Post a Comment