Monday, February 14, 2011

ASAM GARAM BAHASA 16:


Kali ini saya ingin menambah sedikit rencah dalam penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan kita seharian. Sewaktu saya berkunjung ke pasar malam bersama ibu tercinta untuk membeli keperluan barang basah seperti ikan, sayur dan lain-lain. ketika saya melalui sebuah gerai yang terletak diselekoh deretan kedai dipasar malam tersebut saya terdengar seorang pembeli bertanya “abang yang ini ori ke?” dengan segera penjual tersebut menjawab “ori dik tapi barang second hand”. Situasi ini merupakan salah satu contoh budaya bahasa rojak dalam masyarakat kita pada hari ini. Namun wajarkah kita menggunakan bahasa lain dalam komunikasi seharian kita.

KOMENTAR:
Ungkapan “abang yang ini ori ke?” dan “ori dik tapi barang second hand” merupakan bahasa rojak kerana dua bahasa telah dicampurkan dalam satu ungkapan. Kata ori dalam ungkapan tersebut tidak seharusnya digunakan hal ini demikian kerana kata ori  tidak terdapat dalam dalam bahasa Melayu baku dan maknanya juga tidak dapat ditafsirkan. Namun kata ori  merupakan singkatan kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu kata original  yang membawa maksud asli atau tulen dalam bahasa Melayu. Oleh itu, penggunaan kata ori seharusnya tidak perlu digunakan dalam komunikasi penutur bahasa Melayu. Hal ini kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan bahasa itu sendiri khususnya bahasa Melayu. Orang akan memberi tanggapan bahasa bahasa Melayu kekurangan istilah sehingga terdesak meminjam istilah bahasa asing.

No comments:

Post a Comment