Thursday, February 10, 2011

ASAM GARAM BAHASA 14:

Hari ini saya igin berkongsi pegalaman yang berlaku sewaktu saya berada dalam bilik kuliah petang tadi. kelas yang bermula pada jam empat petang sehingga jam tujuh malam di komplek musik. Akibat tempoh masa yang panjang menyebabkan saya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada pengajaran yang dilaksanakan di dalam kelas. Namun apabila pensyarah menayangkan paparan lembaran isi pembelajaran terdapat satu perkataan yang dapat menarik perhatian saya adalah penggunaan kata “baharu” yang terdapat dalam tayangan tersebut. Ia mendapat lebih perhatian saya lagi apabila pensyarah adakalanya menggunakan istilah “baru” dalam proses penerangan yang diberi. Keadaan ini menyebabkan saya memikirkan persoalan berkenaan penggunaan kata “baharu” dan “baru”. Adakah kedua-duanya memiliki makna yang sama?

KOMENTAR:
Bagi persoalan diatas saya telah merujuk  Kamus Dewan Edisi Keempat, yang memberi maksud kata “baru” adalah belum (tidak) ada sebelumnya ataupun belum lama wujud (dikeluarkan, diterbitkan) manakala maksud “baharu” pula adalah membaharui iaitu membaiki dengan mengubah sesuatu supaya menjadi baru. Hal ini bermakna kata “baharu” membawa maksud “baru”, dan kata ini bersinonim atau sama maknanya dengan kata “baru”. Oleh itu, bagi melihat makna“baharu” , kita bolehlah membuat rujukan silang atau melihat makna yang terkandung dalam kata “baru” bagi menggungkapkan makna “baharu”. Disimpulkan bahawa makna kata “baru” adalah sama dengan makna “baharu” dan kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat yang betul.

No comments:

Post a Comment