Tuesday, February 8, 2011

ASAM GARAM BAHASA 12:

Pengalaman asam garam pada kali ini dikumpulkan sewaktu saya sekeluarga pulang ke kampong halaman disebelah utara. Selepas seharian berehat merengangkan urat selepas lima jam perjalanan saya mengambil agin petang dihalaman rumah tradinional  Tok wan, saya mendengar Tok saya mengomel seorangan sambil menuju ke ampaian baju di belakang rumah. Antara omelan Tok “ehm… acik hang ni segan nak turun angkat baju sungguh”. Keadaan ini mendatangkan persoalan kepada saya bahawa apakah yang hendak disegankan oleh Acik sedangkan kawasan rumah Tok wan agak jauh dari jiran yang lain dan tiada sesiapapun yang berada diperkarangan rumah Tok wan pada ketika itu. Tanpa berlengah saya bertanyakan Tok “Acik nak segan dengan siapa Tok?” persoalan ini memecahkan suasana sekitar dengan tawa Tok dan ayah yang mendengarnya.

KOMENTAR:
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa satu perkataan itu mewakili pelbagai makna dalam penggunaan penuturnya. Bagi masyarakat utara khususnya dalam penggunaan perkataan “segan” mewakili makna bahasa sifat malas atau berlengah-lengah dalam melakukan sesuatu perkara. Manakala dalam penggunaan bahasa melayu biasa “segan” digunakan untuk mengungkapkan perasaan malu. Oleh itu, penggunaan kata “segan” yang digunakan boleh membawa maksud yang berbeza kepada pendengarnya menyebabkan makna atau isi yang cuba diungkapkan oleh penutur tidak jelas pada fahaman pendengar atau orang yang dilawan bercakap.

No comments:

Post a Comment