Monday, January 24, 2011

ASAM GARAM BAHASA 6:

Rencah asam garam bahasa pada kali ini igin menambah sedikit rasa bahasa yang baru diperoleh dalam kalangan remaja pada masa kini. Kejadian ini berlaku semasa saya menunggu bas di perhentian bas Jalan Hang Tuah. ketika duduk diperhentian bas tersebut  terdapat sekumpulan remaja mengambil tempat di sebelah saya dan meneruskan perbualan antara mereka. Dalam pemandangan yang sibuk dengan deretan kenderaan menuju ke destinasi masing-masing, saya sedikit sebanyak terhibur dengan bibit-bibit kata yang digunakan oleh sekumpulan remaja tadi. Mereka menggunakan unsur bunyi “doh” di setiap akhir perkataan yang disampaikan. Antara contoh baris-baris ayat yang diselitkan unsur  bunyi ini adalah “sini la doh”, “bukan cam tu la doh”. Keadaan ini mebuatkan saya berfikir sejenak apakah unsur bunyi itu singkatan daripada perkataan bodoh ataupun digunakan sebagai unsur bunyi untuk memberi penekanan sesuatu maksud ayat.

KOMENTAR:
Mungkin kita sedia maklum bahawa setiap hari masyarakat kita semakin kreatif dari segi penambahan penggunaan unsur bunyi seiring dengan dialek bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat. Sebagai contoh kita sedia maklum dengan penggunaan unsur bunyi di akhir sesebuah ayat itu seperti  “ek” dan “deh”. Keadaan ini seiring dikaitkan dengan dialek yang digunakan sesebuah masyarakat itu. Sebagai contoh masyarakat Selatan tanah air  lebih banyak menggunakan penggunaan unsur bunyi “ek” dalam setiap baris ayat mereka. Manakala bagi masyarakat disebelah pantai timur pula lebih banyak menggunakan unsure bunyi “deh” dan “ok”. Keadaan ini kerana unsur bunyi itu digunakan untuk member penekanan atau penegasan untuk menyampaikan maksud ayat. Namun kebiasaannya, penggunaan unsur ini hanya digunakan dalam kontek perbualan tidak formal sahaja.

No comments:

Post a Comment