Sunday, January 23, 2011

ASAM GARAM BAHASA 5:

Izinkan saya menambah rencah Asam Garam Bahasa pada kali ini, situasi ini berlaku apabila saya dan rakan-rakan pergi ke pasar malam di Pekan Tanjung Malim pada hari sabtu yang lalu. Sewaktu kami melintasi barisan gerai pasar malam tersebut saya dan rakan-rakan disapa oleh peniaga air untuk membeli air, yang melucukan kami apabila peniaga tersebut menggunakan ayat ”adik cantik beli air lagi cantik”, keadaan ini menyebabkan saya dan rakan-rakan berpandangan sesama sendiri dan mencetuskan gelak tawa antara kami. Namun keadaan ini bukan sahaja terjadi kepada kami tetapi peniaga tersebut juga menggunakan konsep ayat yang sama, Cuma terdapat penukaran nama panggilan yang sesuai dengan individu terbabit. Antaranya adalah “mak cik cantik beli air lagi cantik” sehinggakan mak cik yang melalui kawasan tersebut tersipu malu. Sungguh menarik prhatian kepada sesiapapun yang mendengarnya.

Komentar:
Adakalanya peniaga perlu berfikir kreatif untuk menarik perhatian para pembeli akibat saingan antara peniaga itu sendiri supaya barang yang diniagakan dapat menarik minat para pembeli. Namun dari segi konteks ayat yang digunakan oleh peniaga tersebut adalah sama sekali tidak mengikut konsep makna ayat. Sebagai contoh “adik cantik beli air lagi cantik”. Bagi konteks ayat yang digunakan air yang dijual adalah air minuman bukan berfungsi sebagai perhiasan yang dipakai untuk menyerikan lagi penampilan sebaliknya membasahkan tekak yang kering pada cuaca yang panas pada ketika itu. Manakala jika dikaji dari aspek lain mungkin peniaga membandingkan ‘adik manis ’ dengan minuman yang dijualnya manis keadaan ini akan menyerlahkan lagi sifat manis seseorang itu.

No comments:

Post a Comment