Wednesday, January 19, 2011

Asam Garam Bahasa 1:

Asam garam bahasa petama yang dapat saya ukirkan disini apabila saya dan rakan-rakan pulang dari kuliah setelah sehari suntuk kami menghadiri kuliah. Semasa kami menuju ke kawasan kedai makan yang berdekatan dengan kolej kami duduki saya terdengar orang memanggil “oiiit”. kemudian saya menoleh sekiranya orang tersebut menujukan perkataan tersebut kepada saya, sama ada   terdapat kesilapan tanpa saya disedari, sebaliknya orang tersebut merupakan seorang pelajar perempuan sedang bertegur sapa dengan rakannya yang lain. manisnya bahasa pelajar hari ini.

Komentar:
disini dapat kita lihat bahawa keadaan tersebut mendatangkan kemusykilan kepada orang lain, selain itu keadaan ini juga boleh mencetuskan salah faham dan seterusnya boleh membawa kepada pergaduhan. Oleh itu, apa salahnya kita sebagai rakyat Malaysia yang dikatakan penuh dengan adat kesopanan dan kesusilaan mempraktikkan prinsip ini dalam kehidupan seharian kita. Walaupun pengguaan “oiit” itu digunakan untuk menunjukkan keakraban dalam kalangan masyarakat hari ini, namun begitu apasalahnya kita sebagai individu memulakan sapaan dengan salam bagi orang islam manakala kata sapaan “Hai” atau “Hello”  bagi individu beragama lain. dengan ini kita bukan sahaja dapat menerapkan nilai-nilai kesopanan malah dipandang tinggi dan dihormati oleh pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia.

No comments:

Post a Comment