Thursday, January 27, 2011

ASAM GARAM BAHASA 9:

Asam garam bahasa pada kali ini igin berkongsi perkataan baru yang terdapat dalam penggunaan dialek oleh orang pantai timur iaitu negeri  Cik Siti Wan Kembang. Keadaan ini berlaku apabila saya mengikuti kuliah Sosiolinguistik bersama Dr. Siti Saniah di dewah kuliah Proton City 20. Pensyarah yang pada ketika itu membincangkan sub bidang yang terdapat dalam Mikrososiolinguistik berkenaan dengan dialek yang digunakan masyarakat tempatan. Pensyarah meminta pelajar-pelajar mengemukakan contoh istilah dialek yang digunakan oleh masyarakat Kelantan yang sukar difahami oleh masyarakat lain seperti orang johor yang menggunakan dialek riau. Salah seorang daripada rakan kuliah saya mengemukakan contoh  “kabir gokngak” dan “supek gelenya” menyebabkan ramai diantara kami yang tidak mengenali akan perkataan yang diungkapkan oleh rakan itu.

KOMENTAR:
Dalam keadaan ini istilah “kabir gokngak” dan “supek gelenya” memberi maksud  bekas dan beg plastik yang digunakan untuk menimpan barang. Selain itu, dalam penggunaan dialek masyarakat Kelantan mereka banyak memasukkan unsure bunyi sebagai penerang kepada sesuatu perkataan. Sebagai contoh istilah “kabir gokngak” yang membawa maksud bekas manakala penambahan unsur bunyi “gokngak” menggambarkan keadaan bekas barang yang menghasilkan bunyi apabila bergesel dengan barang yang tersimpan didalamnya. Manakala istilah “supek gelenya”  pula merupakan beg plastik tetapi ditambahkan lagi dengan penerangan unsure bunyi “gelenya”  yang menggambarkan bunyi beg plastic yang sukar dibuka menyebabkan kita terpaksa merenyokkannya sehinggakan menghasilkan bunyi geselan menyebabkan masyarakat Pantai Timur menambahkan istialh “gelenya”  bagi mengambarkan situasi pada ketika itu.

No comments:

Post a Comment