Wednesday, February 23, 2011

ASAM GARAM BAHASA 23:

Hari ini asam garam bahasa mengesah satu lagi penggunaan bahasa yang sering digunakan dalam masyarakat kini akibat dipengaruhi oleh media massa. Penggunaan kalimat “final” dalam rancangan televisyen yang sering digunakan dalam bidang sukan dan hiburan. Jika diteliti kalimat “final”merupakan kalimat inggeris yang bermaksud akhir.  Wajarkah istilah ini digunakan dalam media massa?

KOMENTAR:
 Istilah “final” merpakan kata yang berasal dari bahasa Inggeris yang bermaksud akhir. Jika diteliti penggunaan kata “final” ini sudah menjadi kebiasaan dan acap kali digunakan dalam pertuturan masyarakat kita pada hari ini. Jika dilihat dalam Kamus bahasa kata ini masih belum terakam dalam Kamus Dewan. Keadaan ini bermakna istilah “final” masih belum diterima sebagai sebahagian dalam bahasa Melayu. Oleh itu, penggunaan kata “final” yang digunakan oleh media massa haruslah digantikan dengan bahasa kita sendiri iaitu kalimat “akhir”. Dengan ini penggunaan kata ini dapat dibendung daripada menerap masuk dalam kamus pemikiran masyarakat sekaligus dapat membendung berleluasanya fenomena ini.

ASAM GARAM BAHASA 22:

Kali ini asam garam bahasa ingin berkongsi penggunaan bahasa yang digunakan oleh media cetak yang memaparkan pesanan penaja yang mengandungi unsur-unsur penggunaan bahasa yang tidak bersesuaian dengan konteks ayat dalam iklan mereka.  Dalam keratan akhbar tersebut memaparkan peraduan yang dibuka kepada pembaca untuk membina slogan yang tidak lebih dari lima belas patah kata. Antara kenyataan yang di tuliskan dalam ruangan tersebut adalah. “lengkapkan slogan berikut (tidak melebihi 15 patah perkataan) saya suka susu pekat manis F&N kerana…”.

KOMENTAR:
Dalam situasi ini kita tidak mempertikaikan peraduan yang dianjurkan oleh pihak penganjur sebaliknya mempertikaikan penggunaan kata “slogan” yang digunakan oleh pihak berkenaan. Hal ini demikian kerana kita sedia maklum bahawa kata “slogan” berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1511) memberi maksud kata-kata keramat yang dijadikan pengangan. Antara contoh penggunaan “slogan” yang betul adalah seperti Dekat di Hati (slogan tv9), salura ceria anda (slogan tv7). Oleh itu dapat disipulkan bahawa “slogan” adalah ungkapan ringkas yang menarik dan mempunyai maksud yang tertentu. Dalam keadaan ini penganjur sepatutnya menggunakan menukar arahan . “lengkapkan slogan berikut (tidak melebihi 15 patah perkataan) saya suka susu pekat manis F&N kerana…”. Kepada “lengkapkan ayat berikut. (tidak melebihi 15 patah perkataan) saya suka susu pekat manis F&N kerana…”.  Manakala jika pihak penganjur masih igin menggunakan “slogan” mereka perlulah mengubah arah mereka kepada “ sila tuliskan slogan yang menarik (tidak lebih dari lima pata perkataan)”. Dengan ini pengguna bahasa perlulah mengetahui maksud sebenar sesuatu kata supaya hasrat mereka dapat dipenuhi dengan jelas sekiranya ayat yang digunakan difahami oleh orang lain.

Friday, February 18, 2011

ASAM GARAM BAHASA 20:

Kali ini asam garam ingin berkongsi situasi dimana unsure lewah digunakan dalam percakapan kita tanpa kita sedari akan penggunaannya akan memberi kesan kepada bahasa Melayu yang kita tuturkan. Sewaktu saya bermasa rakan-rakan yang lain pergi membeli belah di sekitar pekan Tanjung Malim. Ketika itu kami memasuki sebuah kedai barangan runcit untuk membeli barang keperluan yang sudah kehabisan. Setelah meneliti barangan ang dicari kami berasa hampa apabila jenama barang yang kami biasa gunakan kehabisan stok. Oleh itu, pekedai tersebut meyakinkan kami untuk mencuba jenama baru selain jenama yang kami biasa gunakan. “baik kamu beli yang ini, misalnya contohnya jenama produk ini tidak memuaskan kamu boleh tukarkannya”. Dalam ayat diatas pekedai tersebut telah menggunakan dua kata pengumpamaan.

KOMENTAR:
Dalam situasi diatas pekedai tersebut telah mengunakan unsur lewah dalam pertuturannya. Unsur lewah dimana kata “misalnya” dan “contohnya” telah membawa maksud yang banyak sehingga berlebihan dari konteks penggunaan ayat. Keadaan ini dikatakan sebagai unsur lewah kerana kata “misalnya” membawa maksud sesuatu yang dijadikan sebagai perbandingan iaitu unsure perumpamaan dan pengibaratkan menurut kamus pelajar. Manakala kata “contohnya”pula membawa maksud benda-benda yang sifatnya serupa,semacam dan keadaan yang sama dengan benda daripada jenis benda yang dapat mewakili benda lain kerana sifatnya menurut kamus Dewan Edisi Empat. Oleh itu jelaslah menunjukkan bahawa kedua-dua kata ini mempunyai makna yang sinonim dan penggunaan konteks ayat yang sama. Dengan ini kata “misalnya” dan “contohnya” hanya salah satu daripada kata ini hanya boleh digunakan dalam konteks ayat yang sama.

Thursday, February 17, 2011

ASAM GARAM BAHASA 19:


Kali ini asam garam bahasa dapat mengesan penggunaan bahasa yang membawa maksud yang sama tetapi diungkapankan dengan sebutan yang lain. situasi ini berlaku apabila saya dan rakan menyiapkan tugasan penulisan kumpulan  di bawah perkarangan blok satu, kolej kediaman kami. Sewaktu menaip baris-baris perkataan kami terhenti apabila kawan saya menyebut “tanda sempang” manakala kawan saya yang lain menyebut kata “sengkang”  keadaan ini menimbulkan tanda Tanya dalam diri saya bahawa perkataan manakah yang wajar digunakan untuk menyatakan maksud kepada garis pendek melintang untuk menceraikan suku kata atau tanda hubung.

Wednesday, February 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 18:


Pada akhir bulan januari 2011, saya berkesempatan berkunkung ke rumah ibu saudara saya yang terletak di di Bandar Kuala Kangsar, Perak.  Oleh kerana tidak biasa dengan jalan yang kami lalui saya memberikan tumpuan yang lebih pada setiap papan tanda menuju ke rumah mak cik saya. sebaik sahaja tiba di lampu isyarat pertama kami disambut dengan cogan kata “selamat datang ke Kuala Kangsar Bandar Di Raja”. Setelah bergerak hampir tiga kilometer, saya terpandang penunjuk arah “Muzium DiRaja”.  Keadaan ini mendatangkan tanda Tanya tentang penggunaan “Bandar Di Raja” dan “Muzium Di Raja”. Ejaan yang manakah sewajarnya digunakan? Adakah Di pada kata tersebut berfungsi sebagai imbuhan atau kata sendi nama?

KOMENTAR:
Bagi menjawap teka-teki ini saya telah merujuk kamus dewan edisi kedua (1993:307),di. Oleh itu,  frasa “Bandar Di raja” dan “Muzium DiRaja” adalah bentuk ejaan yang salah dan sepatutnya frasa tersebut dieja “Bandar Diraja” dan “Muzium Diraja”. menyatakan bahawa kata diraja sebenarnya adalah kata yang digunakan dalam sastera lama, iaitu kependekan daripada kata adiraja. Ini bermakna kata tersebut mempunyai kata dasar raja yang menerima imbuhan

Tuesday, February 15, 2011

ASAM GARAM BAHASA 17:

Hari ini asam garam ingin berkongsi situasi tentang nilai rasa bahasa yang sering kita gunakan dalam kehidupan tanpa kita sedari nilai rasanya sama ada baik ataupun mencetuskan ketidakpuasaan hati masyarakat pendengar yang sensetif tentang nilai rasa bahasa yang digunakan. Sewaktu saya dalam perjalanan ke rumah mak cik yang terletak di Serdang, Selangor kami terlibat dalam satu kesesakan lalu lintas yang mengambil masa kira-kira tiga puluh minit dari tempoh masa perjalanan biasa yang kami lalui. Kira-kira tiga puluh minit berlalu ayah berkata “laa.. patutla sesak ada cina mampus rupanya”. Pada mulanya saya meresakan perkara tersebut biasa kerana masyarakat dahulu sering menggunakan kata “mampus” bagi meunggapkan kematian bagi orang cina. Namun pada zaman sekarang adakah wajar kita gunakan  kata “mampus”?

Monday, February 14, 2011

ASAM GARAM BAHASA 16:


Kali ini saya ingin menambah sedikit rencah dalam penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan kita seharian. Sewaktu saya berkunjung ke pasar malam bersama ibu tercinta untuk membeli keperluan barang basah seperti ikan, sayur dan lain-lain. ketika saya melalui sebuah gerai yang terletak diselekoh deretan kedai dipasar malam tersebut saya terdengar seorang pembeli bertanya “abang yang ini ori ke?” dengan segera penjual tersebut menjawab “ori dik tapi barang second hand”. Situasi ini merupakan salah satu contoh budaya bahasa rojak dalam masyarakat kita pada hari ini. Namun wajarkah kita menggunakan bahasa lain dalam komunikasi seharian kita.