Wednesday, March 16, 2011

ASAM GARAM BAHASA 30:

Kali ini asam garam bahasa ingin berkongsi tentang penggunaan singkatan perkataan dalam bahasa Melayu. Keadaan ini berlaku sewaktu saya bersama-sama rakan berada di kantin asrama untuk membincangkan tugasan yang perlu dilaksanakan. Selang beberapa meja dari tempat kami membuat perbincangan terdapat sepasang sahabat yang sedang menaip sesuatu. Kemudiannya kami didatangi oleh pasangan tersebut dan diajukan soalan yang mengelirukan mereka. Anatara bentuk persoalan yang membelenggu pasangan ini adalah seperti “ apakah singkatan untuk Subhanahuwataala ya.. adakah SAW atau SWT?”

ASAM GARAM BAHASA 29:

Asam garam pada kali ini pula ingin berkongsi penggunaan kata “manggok”.  Situasi ini berlaku apabila saya mengikuti kelas sosiolinguistik pada hari khamis yang lalu. Kata “manggok” yang digunakan dalam lagu dialek Kelantan iaitu lagu  Anak Tupai . apakah maksud kata “manggok”itu?

ASAM GARAM BAHASA 28:

Pada kali ini, asam garam bahasa ingin berkongsi pengalaman berkenaan penggunaan kata ‘saing’ dalam kehidupan masyarakat Melayu sendiri.  Situasi ini berlaku apabila saya menerima pesanan ringkas daripada seorang rakan antara bentuk pesanan tersebut adalah “tira sekejap lagi kita saing ya..” selepas mendapat pesanan tersebut saya berasa sedikit kurang faham tentang penggunaan kata “saing” yang diberikan rakan saya tadi. apakah maksud yang cuba disampaikan disini?

ASAM GARAM BAHASA 27:

Asam garam bahasa kali ini ingin berkongsi tentang penggunaan antara kata ‘Yang di-Pertua ataupun Yang Dipertua’. Kedua-dua frasa ini walaupun mempunyai sebutan yang sama tetapi penggunaannya ternyata berbeza. Situasi ini bermula apabila rakan  sebilik saya bertanyakan ejaan yang betul tentang perkataan ‘Yang di-Pertua ataupun Yang Dipertua’ samaada terdapat penggunaan sempang atau tidak untuk menyiapkan tugasannya. Oleh itu, apakah perbezaan penggunaan tanda sempang ini mempengaruhi makna kedua-dua kata tersebut?

ASAM GARAM BAHASA 26:

Asam garam bahasa kali ini ingin berkongsi tentang penggunaan bahasa yang digunakan untuk menamakan sesebuah kawasan baru. Kejadian ini berlaku apabila  rakan saya mengajak saya untuk pergi berjoging di kawasan baru yang lengkap dengan frasarana yang lengkap dengan trak joging. Apabila saya bertanyakan nama kawasan tersebut saya terkejut dengan namanya iaitu ‘Lake Valey’. Adakah kawasan tersebut terletak di luar Negara ataupun dalam Negara kita sendiri. Kemudian kawan saya menyakinkan saya bahawa kawasan tersebut berada disekitar kawasan perumahan kami. Kemudian saya berfikir adakah wajar kita mengangungkan penggunaan bahasa asing sedangkan kita mempunyai bahasa kita sendiri iaitu bahasa Melayu.

ASAM GARAM BAHASA 25:

Hari ini asam garam bahasa akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sewaktu dalam perjalanan pergi ke Kuala Selangor. Sebelum perjalanan kami sempat membuat persediaan membuat peta perjalnan untuk merancang perjalanan kami. Pada awalnya kami mengikuti perjalanan yang tersedia seperti yang ditunjukkan di dalam peta seperti kami melalui kawasan lombong yang besar, Universiti Selangor (UNISEL) namun kami hilang jejak apabila kami sampai di kawasan ladang kelapa sawit Sungai Belimbing. Disini kami cuba untuk melihat papan tanda yang menghala Kuala Selangor namun kaki dikelirukan dengan penanda (K’seor 8KM) adakah penanda tersebut mengatakan Kuala Selangor 8 kilometer dihadapan ataupun terdapat kawasan kampong yang bernama K’seor di kawasan ini. Keadaan ini betul-betul mendebarkan kami.

ASAM GARAM BAHASA 24:

Asam garam bahasa ingin berkongsi pengalaman yang dilalui semasa saya dan rakan-rakan dalam perjalanan ke Kuala Selangor untuk melakukan kajian lapangan untuk subjek Pembinaan Modal Insan. Kami mengikuti susur keluar simpang Bukit Gantang untuk memendekkan perjalanan kami ke destinasi. Tidak kurang dari 3 kilo meter dari tol yang kami lalui terdapat papan tanda yang menunjukkan arah Berjaya City namun yang kami dapati hanya bangunan yang separuh siapnya. Dalam keadaan ini bukan pembinaan terbengkalai yang igin saya ceritakan, sebaliknya penggunaan city yang terdapat dalam papan tanda dan kelulusan pihak berkuasa membenarkan penggunaan istilah city dalam menamakan kawasan tersebut.  Wajarkah keadaan ini berlaku?