Tuesday, February 15, 2011

ASAM GARAM BAHASA 17:

Hari ini asam garam ingin berkongsi situasi tentang nilai rasa bahasa yang sering kita gunakan dalam kehidupan tanpa kita sedari nilai rasanya sama ada baik ataupun mencetuskan ketidakpuasaan hati masyarakat pendengar yang sensetif tentang nilai rasa bahasa yang digunakan. Sewaktu saya dalam perjalanan ke rumah mak cik yang terletak di Serdang, Selangor kami terlibat dalam satu kesesakan lalu lintas yang mengambil masa kira-kira tiga puluh minit dari tempoh masa perjalanan biasa yang kami lalui. Kira-kira tiga puluh minit berlalu ayah berkata “laa.. patutla sesak ada cina mampus rupanya”. Pada mulanya saya meresakan perkara tersebut biasa kerana masyarakat dahulu sering menggunakan kata “mampus” bagi meunggapkan kematian bagi orang cina. Namun pada zaman sekarang adakah wajar kita gunakan  kata “mampus”?

Monday, February 14, 2011

ASAM GARAM BAHASA 16:


Kali ini saya ingin menambah sedikit rencah dalam penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan kita seharian. Sewaktu saya berkunjung ke pasar malam bersama ibu tercinta untuk membeli keperluan barang basah seperti ikan, sayur dan lain-lain. ketika saya melalui sebuah gerai yang terletak diselekoh deretan kedai dipasar malam tersebut saya terdengar seorang pembeli bertanya “abang yang ini ori ke?” dengan segera penjual tersebut menjawab “ori dik tapi barang second hand”. Situasi ini merupakan salah satu contoh budaya bahasa rojak dalam masyarakat kita pada hari ini. Namun wajarkah kita menggunakan bahasa lain dalam komunikasi seharian kita.

Thursday, February 10, 2011

ASAM GARAM BAHASA 15:

Pada kali ini asam garam bahasa memperoleh pesanan ringkas melalui pesanan ringkas melalui telefon bimbit. Berteka-teki siapakan gerangan pengirim pesanan namun yang ditunggu tidak muncul yang lain datang bertandang. Pesanan kali ini datangnya dari nombor yang saya sendiri tidak mengenalinya tetapi isi pesanan ringkas tersebut menarik mata ini untuk membaca pesanan tersebut sehingga akhirnya. Pesanan ini  merupakan iklan untuk menarik kita melaburkan sejumlah wang dan dalam sekelip mata kita memperoleh untung melalui pengandaan wang tersebut. Antara contoh penggunaan ayat iklan tersebut adalah “anda memiliki wang, berpuas hati dengan jumlah wang simpanan anda? Mahukan wang yang lebih, melaburlah bersama moneygreetings wang anda akan bertambah sekali ganda atau dua kali ganda keuntungannya’. Walaupun ayat tersebut secara sahnya boleh dikatakan sebagai peranggkap oleh penjenayah siber sekarang tetapi penggunaan sekali ganda dan dua kali ganda tersebut mengelirukan saya. berapa banyakkah jumlah yang sewajarnya?

ASAM GARAM BAHASA 14:

Hari ini saya igin berkongsi pegalaman yang berlaku sewaktu saya berada dalam bilik kuliah petang tadi. kelas yang bermula pada jam empat petang sehingga jam tujuh malam di komplek musik. Akibat tempoh masa yang panjang menyebabkan saya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada pengajaran yang dilaksanakan di dalam kelas. Namun apabila pensyarah menayangkan paparan lembaran isi pembelajaran terdapat satu perkataan yang dapat menarik perhatian saya adalah penggunaan kata “baharu” yang terdapat dalam tayangan tersebut. Ia mendapat lebih perhatian saya lagi apabila pensyarah adakalanya menggunakan istilah “baru” dalam proses penerangan yang diberi. Keadaan ini menyebabkan saya memikirkan persoalan berkenaan penggunaan kata “baharu” dan “baru”. Adakah kedua-duanya memiliki makna yang sama?

Wednesday, February 9, 2011

ASAM GARAM BAHASA 13:

Di ketika ini asam garam bahasa igin berkongsi pengalaman penggunaan kata mencolok mata. Ketika cuti pertengahan semesta yang lepas saya bertemu dengan rakan sekolah dahulu yang menjadi rutin setiap cuti semesta. Pada waktu inilah kami menghabiskan masa bersama disamping mengetahui perkembangan diri masing-masing. Ketika kami mendapatkan tempat duduk di restoran makanan segera KFC kami terlihat seorang perempuan melayu yang berpakaian agak seksi dan mendedahkan sebahagian anggotanya. dengan tidak semena-mena kawan saya memberikan isyarat mata kepada saya dan berkata dengan separa bebisik menyatakan “wow.. pakaian dia mencolok mata aku”. saya membalas “ush.. seksa tengok dia jalan”. Dengan serentak ketawa megekek dalam senyap bagi mengelak tindakkan kami disedari oleh perempuan tersebut. Tidak beberapa lama kemudian saya berfikir akan perkataan “mencolok” yang digunakan oleh kawan saya sebentar tadi, bukankah sepatutnya perkataan “menjolok” yang digunakan bagi menggantikan kata “mencolok”.

Tuesday, February 8, 2011

ASAM GARAM BAHASA 12:

Pengalaman asam garam pada kali ini dikumpulkan sewaktu saya sekeluarga pulang ke kampong halaman disebelah utara. Selepas seharian berehat merengangkan urat selepas lima jam perjalanan saya mengambil agin petang dihalaman rumah tradinional  Tok wan, saya mendengar Tok saya mengomel seorangan sambil menuju ke ampaian baju di belakang rumah. Antara omelan Tok “ehm… acik hang ni segan nak turun angkat baju sungguh”. Keadaan ini mendatangkan persoalan kepada saya bahawa apakah yang hendak disegankan oleh Acik sedangkan kawasan rumah Tok wan agak jauh dari jiran yang lain dan tiada sesiapapun yang berada diperkarangan rumah Tok wan pada ketika itu. Tanpa berlengah saya bertanyakan Tok “Acik nak segan dengan siapa Tok?” persoalan ini memecahkan suasana sekitar dengan tawa Tok dan ayah yang mendengarnya.

Monday, February 7, 2011

ASAM GARAM BAHASA 11:

Pengalaman asam garam bahasa pada kali ini terjadi sewaktu saya bersama ibu singgah untuk menjamu selara di sebuah restoran Pak Hinam Kopitiam yang berdekatan dengan rumah kami. setibanya di restoran tersebut, seorang pelayan mengambil pesanan kami. Saya memesan Mee Wantan manakala ibu pula hanya memesan Pau Kacang dan secawan kopi panas untuk setiap seorang. Sementara menunggu kami berbual-bual bertukar-tukar cerita, ibu dengan cerita pejabatnya sebaliknya saya bercerita mengenai situasi rakan-rakan dan perjalanan kuliah sepanjang berada di kampus. Saya menunggu pesanan dengan hati yang teruja untuk mencuba menu baru di restoran tersebut, tetapi keadaan menjadi hampa apabila hampir setengah jam kami menunngu pesanan kami masih belum muncul. Kemudian saya memberanikan diri untuk bertanya kepada salah seorang pekerja disana. “Adik, saya nak Tanya tentang pesanan saya buat tadi, lama lagi ke? kalau lama saya nak” dengan riak muka yang masam pekerja tersebut membalas “tunggu la sekejap, tak Nampak ke orang ramai lagi ni, bukan awak seorang”. Mendengar maklumbalas pekerja tersebut membuatkan saya dan ibu membatalkan hasrat untuk mencuba menu baru tersebut, kami terus keluar dari restoran itu sehingga tindakkan kami disedari oleh penyelia di restoran terbabit, melalui ekor mata saya pekerja tersebut diberi amaran oleh majikannya.